Masa keberangkatan sudah hampir tiba.
Tidak disedari waktu berlalu begitu pantas, dan Balikpapan Kota BERIMAN kami harus tinggalkan.
Suasana di Lapangan Terbang atau Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan sangat tenang. Di sana sini terlihat identiti dan unsur budaya masyarakat setempat terutama di kedai-kedai jualan batik pelbagai motif.
Banyak kuih-muih dan juga kek lapis dijual di sini, dan sekiranya tidak sempat beli di luar bolehlah beli di sini buat oleh-oleh keluarga.
Kami sempat juga mencicipi beberapa jenis cemilan di sini seperti pisang keju.
Dan juga Egg Tart Portuguese.... saja nak cuba ETP Balikpapan punya he he heeee.
Kemudian kami jamu mata seketika dengan pelbagai motif batik yang halus dan berseni.
Di sini kami borong key chain dan fridge magnet.
Sebelum ini ami beli juga tetapi tidak banyak pilihan.
Jajanan ini tak perlu lagi dibeli sebab sudah memborong segala kerupuk kepiting, tempe dan sebagainya pada malam sekembalinya dari Samarinda.
Sempat posing maut di sini...ahaks! Ini ialah sejenis parang ukuran besar milik kaum Dayak yang dipanggil mandau.
Boleh pakai baju tradisional, tapi macam tak sempatlah pula nak sarung-sarung....hiks!
Cukuplah bergaya dengan seraung iaitu sejenis topi lebar suku kaum Dayak sebagai pelindung kepala.
Wokey, tangkap lagi beberapa keping sebagai kenangan terakhir untuk kali ini.
Kalau tak jumpa souvenir di luar, jangan risau. Boleh beli di sini.
Tempat permainan anak-anak juga disediakan.
Dan sudah tentunya sudut ini sangat menggamit rasa untuk mendekatinya!
Cantik bukan?
Ada ruang bacaan untuk orang dewasa dan kanak-kanak!
Apa nak buat, masa tidak mengizinkan. Lion Air sudah memanggil kami!
Selamat tinggal Balikpapan Kota BERIMAN.
Ada jodoh ketemu lagi!
Entri berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan