Kembara ini sudah seminggu berlalu.
Hari ini baru dapat memulakan mukadimah, perjalanan santai-santai ke wilayah di negara jiran terdekat kami iaitu Kalimantan. Secara umumnya terdapat 5 wilayah di Kalimantan iaitu Kalimantan Barat, tempat wujudnya Kota Khatulistiwa kerana ibu kotanya iaitu Bandar Pontianak terletak di garisan Khatulistiwa. Selain itu, Kalimantan Tengah, dan juga Kalimantan Selatan, yang terkenal dengan floating market dan ibu kotanya iaitu Banjarmasin. Kami memilih untuk ke Kalimantan Timur dan transit menginap di Kalimantan Utara iaitu di Kota Tarakan.
Ada apa di Kalimantan Timur?
Kalau sudi, marilah bersabar ikuti catatan perjalanan kami selama 6 hari ke wilayah yang letaknya bersempadan dengan Sabah dan Sarawak ini.
2 Februari 2019.
Seawal 5:30 pagi kami bertolak dari Lahad Datu ke Tawau dengan menaiki van yang disewa. Sebelum 8 pagi, kami sudah berada di kaunter di pelabuhan untuk membeli tiket feri INDOMAYA EKSPRESS perjalanan dari Tawau ke Tarakan yang dijadualkan berlepas pada pukul 11:30 pagi.
Sue, ketua rombongan kami memberitahu INDOMAYA EKPRESS tidak beroperasi pada hari ini disebabkan masalah teknikal. Jadi, kami bersetuju untuk menukar hala dengan menaiki feri ari Tawau ke Nunukan, dan seterusnya menyambung perjalanan dari Nunukan ke Tarakan. Sekiranya kami berlepas pada pukul 11:30 pagi dari Tawau, kami sempat sampai ke Tarakan pada hari yang sama.
Inilah feri yang kami naiki dari Tawau ke Nunukan : PURNAMA EKPRESS 1.
Terlebih dahulu, jutaan terima kasih buat Sue (baju biru), sebagai ketua rombongan kerana sentiasa berusaha menyusun atur untuk melancarkan perjalanan kami.
Suasana yang tenang sepanjang pagi tiba-tiba bertukar menjadi tegang apabila Nano tidak membawa passport Malaysia ketika urusan membeli tiket! Mennurut petugas di kaunter tiket, tiket boleh dibeli tetapi sekiranya tidak dibenarkan masuk kerana ketiadaan passport biru, sudah tentu akan merugikan. Nano bawa passport antarabangsa sahaja! Di sini, barulah kami tahu bagi warga Malaya (Semenanjung Malaysia) yang ingin ke wilayah Kalimantan melalui pintu masuk dari negeri Sabah atau Sarawak mesti menggunakan passport Malaysia yang warna biru itu, kerana kami bukan rakyat Sabah atau Sarawak! Amie memang sedia bawa passport warna biru itu, (kebetulan) sebab sebaik sahaja tamat kembara ke Kalimantan Timur, Amie akan terbang ke Malaya pula! Kalau tidak kerana akan balik kampung, mungkin Amie pun senasib dengan Nano!
Sue, Gee dan Kam memang Sabahan. Jadi, mereka tidak perlu gunakan passport selain yang warna merah tu!
Sue, Gee dan Kam memang Sabahan. Jadi, mereka tidak perlu gunakan passport selain yang warna merah tu!
Peringatan untuk kami dan yang berkenaan!
Mesti ada passport biru dan pasport merah.
Mungkin ramai yang tahu, tetapi kami baru tahu sebab ini merupakan kali pertama kami melalui pintu negeri Sabah untuk ke luar negara!
Dipendekkan cerita, memang hijau biru dan haru biru jugalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan peraturan imigresen ini. Dengan tenang, sang ketua pun mengatur strategi. Tiket menaiki feri untuk kami berlima tetap dibeli, termasuk tiket untuk Nano.
Purnama Ekpress 1 akan belayar pada pukul 11:30 pagi.
Kami juga sudah membeli tiket penerbangan pergi dan balik dari Tarakan - Balikpapan untuk perjalanan pada keesokan harinya.
Suami Nano pula sedang dalam tugas, lebih kurang 1 jam perjalanan dari tempat tinggalnya. Akhirnya kami cuba selesaikan masalah dengan membuat keputusan:
1. Minta suami Nano pulang ke rumah dan ambilkan passport biru.
2. Sue menelefon grab, minta khidmat tunggu di pintu pagar, bertemu dengan suami Nano untuk membawakan passport biru Nano ke pelabuhan Tawau.
Walaupun ketika itu, masa sudah agak suntuk, tapi kami teruskan usaha dengan penuh tawakkal! Suami Nano dapat dihubungi, dan bergegas pulang ke rumah. Sampai di rumah, kunci rumah pula tidak dibawa bersama!
Owwwhhh...buatlah apa yang patut! Huhuuuuuuu.....!
Allahu Akbar!
Begitu dan begini, detik waktu terus berlalu.
Marilah tenang-tenangkan hati.
Selain passport, jangan lupa kad insuran kembara anda!
Maklumlah, kami ini bergerak secara backpakers, jadi semua perkara perlu diurus dengan lebih teliti, dan masing-masing perlu saling ingat-mengingatkan!
Kami ke tempat tukaran wang asing di Kedai 88 Asli, berhadapan dengan Pasar Tanjung untuk tukar mata wang RM ke IDR. Memandangkan kami perlu mengurus kewangan untuk peruntukan makan, tempat tinggal dan penginapan, jadi masing-masing diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengurus wang yang dikumpul.
Sementara menanti feri berlepas, kami mengisi perut dahulu di Kedai Makan Peladang yang letaknya berhadapan dengan terminal feri.
Walaupun masih awal pagi, tetapi makanan berat seperti nasi dan lauk- pauk sudah disediakan.
Ayam Pallekko' pun ado... (masakan kaum Bugis).
Dalam resah dan gundah, perut jangan dibiarkan kosong.
Nano: Makan roti canai dengan tenang. Jiwa resah mengenang passport biru yang bakal menjadi penentu sebentar lagi!
Kami kembali ke terminal, dan menunggu masa untuk melalui pemeriksaan timbang berat dan imigresen.
Masa berlepas : 11:30 pagi.
Boarding time : 10:30 pagi.
Nano: Pemandu grab sedaya upaya untuk tiba tepat pada masanya sebelum feri meninggalkan pelabuhan!
Adeeehhh.... perjalanan biasa memakan masa 2:30 minit dari LD - Tawau, kalau laju tempoh masa diambil lebih kurang 2 jam! Pukul 10 pagi, pemandu grab bergerak dari LD!
Kami dapat ilmu baru apabila pertama kali menaiki feri dari Tawau ke Nunukan. Berat melebihi 10kg, akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM1:30 setiap 1 kg.
Kebanyakan para penumpang yang sudah biasa menaiki feri ulang-alik Tawau-Nunukan, akan membungkus barangan mereka di dalam karung sahaja.
Aduhai!
Sudah sampai masanya untuk check in!
Tawakkal sahajalah Nano.
Passport biru belum sampai!
Kita masuk sahaja dahulu, kalau lepas, lepaslah. Kalau tak lepas.... redha ajelah.... huhuhuuuu!
Setiap penumpang diberi sebiji limau Mandarin di pintu masuk, maklumlah sambutan Tahun Baharu Cina akan tiba dua hari lagi. Amie mendahului Nano untuk pemeriksaan imigresen, dan pegawai di situ hanya menerima passport antarabangsa yang Amie hulur. Tidak pula diminta passport biru. Amie kenyit mata pada Nano, dan rasa lega kerana memikirkan Nano dapat melepasinya.
Tapi....tapi!
Jangan ingat masalah sudah selesai tau!
Sekembalinya kami dari Kalimantan, pegawai imigresen meminta passport biru Amie!
Selepas melewati pintu imigresen, Nano dan Kam berpatah balik untuk meminta izin pengawal disitu, dan memberitahu sedang menunggu kiriman dari seseorang. Mereka diarahkan untuk menunggu di pintu lain, sementara kami meneruskan perjalanan melintasi jambatan menuju ke feri.
Kami perlu mencari tempat duduk memandangkan tidak ada nombor kerusi yang ditetapkan untuk setiap penumpang.
Suasana di dalam feri Purnama Ekspress 1.
Ada 2 tingkat.
Kami duduk di tingkat bawah.
Tempat duduk : 200.
Penumpang pada hari ini : 171.
Masa terus berlalu. Tidak ada kelibat Nano dan Kam!
Beberapa minit sahaja lagi feri akan berlepas!
Sue beberapa kali mengangkat tangan, memohon agar ditunggu Nano dan Kam!
Ya Allah!
Amie dan Gee hanya mampu berpandangan, dan senyum-senyum tak tahu apa maknanya. Dalam hati Allah sahaja yang tahu! Doakan yang baik-baik sahaja buat Nano!
Detik-detik cemas!
Terus doakan yang baik-baik sahaja!
Kedengaran petugas feri meminta Sue menyebut nama Nano dan Kam yang masih belum muncul! Sudah disebut, diminta ulang lagi! Sue sebut lagi, dan beberapa penumpang lain turut menyebut nama kawan kami ini.
Glamour nama korang berdua yerkkk!
Kedengaran petugas feri meminta Sue menyebut nama Nano dan Kam yang masih belum muncul! Sudah disebut, diminta ulang lagi! Sue sebut lagi, dan beberapa penumpang lain turut menyebut nama kawan kami ini.
Glamour nama korang berdua yerkkk!
Tepat 11:30 pagi, Nano menerima passport birunya, dan keduanya berlarian menuju ke feri!
Alhamdulillah!
Kami tak tahan tawa apabila Nano dan Kam bercerita, mereka ditegur petugas feri: Kamu ini macam boss-boss pulak!
Tak kisahlah ditegur apa pun, yang penting passport biru sudah berada di tangan!
Kami tak tahan tawa apabila Nano dan Kam bercerita, mereka ditegur petugas feri: Kamu ini macam boss-boss pulak!
Tak kisahlah ditegur apa pun, yang penting passport biru sudah berada di tangan!
Semasa berada di atas feri, penumpang yang akan meneruskan perjalanan ke Tarakan diminta mendaftar nama, passport dan bayaran sebanyak RM100 seorang. Kami membayar dalam mata wang rupiah, dan untuk kami berlima sejumlah 1.75 juta rupiah dikenakan. Tugas ini dipikul oleh Kam. Kam memang sudah sedia kumpul duit kami untuk urusan pengangkutan.
Lega!
Kami turun dari feri Purnama Ekspress 1 dengan selamat.
Tapi perjalanan tidak habis sampai di sini. Kami perlu menempuh sekali lagi lautan luas untuk menuju ke Tarakan.
Peringatan:
Sila jaga beg anda masing-masing. Ramai orang di jeti yang ingin menghulurkan bantuan membawa beg atau barang kita, tetapi mereka akan meminta bayaran sesuka hati! Setiap detik adalah wang! Dan setiap pertolongan bermaksud wang!
Jangan terpedaya dengan arahan:
Letakkan beg di sini bu, langsung terus aja naik feri. Nanti begnya akan dihantar ke sana! Nah! Bersedialah anda dengan sejumlah wang yang bakal dipinta! Bukan kedekut, tapi jumlah wang yang dipinta tidak masuk akal!
Purnama Ekspress 1 kami tinggalkan.
Kami bergegas menuju ke terminal feri untuk pemeriksaan imigresen seterusnya termasuk scan bagasi. Dengan bayaran sebanyak RM100 atau 350 ribu IDR setiap seorang, itulah digunakan sebagai bayaran tambang feri ke Tarakan, bayaran mobil dan bayaran pengurusan. Kami difahamkan oleh penumpang yang biasa menaiki feri tersebut, tambang sebenar feri hanyalah 2300IDR.
Apa pun terima kasih kepada petugas feri yang berusaha untuk mempermudahkan perjalanan kami.
Ternyata, menaiki feri di sini tidaklah semudah yang kita jangkakan!
Kami duduk bersesak bersama 9 penumpang di dalam mobil kecil yang panas tanpa kipas angin atau pendingin hawa menuju ke terminal feri Tarakan. Setelah mengambil tiket feri masing-masing, kami dikehendaki membayar lagi sebanyak 10,000 IDR.
Oh!
Bukan feri, tapi speed boat!
Beg kami terpaksa disimpan di atas speed boat memandangkan ruang di dalamnya agak sempit. Rasa lebih selesa dengan udara dingin di dalamnya, dan juga ada nombor tempat duduk. Kami duduk di barisan paling belakang, tanpa tingkap. Jadi sepanjang perjalanan ke Tarakan memang tidak nampak apa-apa pemandangan atas laut! Ditambah pula dengan rasa letih, berebut tempat dan berpanas di jeti, jadi terlelap jugalah mata buat seketika!
2:45 petang.
Speed boat bergerak dari jeti Nunukan ke Tarakan. Sesekali terbuka kelopak mata, hanya dapat melihat percikan air laut dan juga warna biru langit serta awan putih menerusi tingkap penumpang yang duduk di hadapan kami. Hampir pukul 5 petang, kami menjejakkan kami di jeti Tarakan.
Speed boat bergerak dari jeti Nunukan ke Tarakan. Sesekali terbuka kelopak mata, hanya dapat melihat percikan air laut dan juga warna biru langit serta awan putih menerusi tingkap penumpang yang duduk di hadapan kami. Hampir pukul 5 petang, kami menjejakkan kami di jeti Tarakan.
Dan sekali lagi, beg kami ditahan oleh seseorang di situ, dengan meminta bayaran sebanyak 40,000 rupiah! Sebuah beg kecil seberat 7 kg yang kami tidak minta pun untuk diangkat turun, diugutnya kami dengan bayaran sebegitu tinggi!
Pelabuhan Tarakan yang sempat dirakam.
Wajah-wajah letih tapi ceria setelah menempuh perjalanan panjang selama 12 jam! Bermula dari jam 5:30 pagi dari Lahad Datu - Tawau - Nunukan dan tiba di Tarakan ketika jam menunjukkan angka menghampiri 5 petang!
Mari kita cari mobil untuk ke tempat penginapan!
Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala
Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal
Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala
Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal
Berdebar-debar baca catatan k. Amie ni... Tak sabar nak baca lagi. Tak dapat pergi pun, sekurangnya dapat juga baca kisah orang. Belum pernah baca kisah kembara ke kalimantan via laut ni.
BalasPadamPuan Hazel,
BalasPadamsyukurlah kami tidak terus buat keputusan, bertenang, berbincang dan ikut plan seterusnya.
mencabar jugak perjalanan nak ke kalimantan ikut laut ni ye
BalasPadamnasib dapat paspot biru tu..hihii zila sllu baca catatan prjlnn akk..suke sgt 🤗
BalasPadammaaf kak amie mau nanya, kalo tiada pasport biru memang tak boleh ke Tarakan?
BalasPadamsaya plan mau pergi februari ni melalui laut
BalasPadamingin ketemu kakak yg berada di tarakan sejak terpisah 35 tahun. harap disember bisa ketemu
BalasPadamanwar bin abdul latip..kuala lumpur msia
BalasPadamSeronok baca cerita anda,,,,Saya memang teringin sangat nak ke Balik Papan/Samarinda/Banjarmasin melalui Tawau. Saya nak tanya berkaitan paspot biru tu.Saya duk Semenanjung,apakah saya kena buat paspot biru tu di Semenanjung atau di Sabah..Dulu saya masuk Pontianak melalui Kucing tak de pun kena buat paspot biru..Klu ada trip lagi ke sana nanti bagitau saya ye,,nak ikut lah
BalasPadam