Sesiapa yang pernah menikmati hidangan masakan Padang terutamanya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat sudah tentu akan teringat-ingat keenakan dan kepelbagaian sajian serta aneka rasa! Ikut pengalaman Amie, bolehlah disimpulkan dalam satu susunan lauk-pauk semuanya cukup lengkap dari sekecil-kecilnya ikan bilis (teri) sehinggalah sebesar-besarnya kerbau (rendang kerbau!) Waduh!
Bila kembali ke tempat sendiri, memang terasa rindunya untuk menikmati kembali masakan tersebut!
Jangan terus melayan rindu yang tak berkesudahan itu!
Mari melunaskan rindu masakan Padang di Restoran Grand Sari Ratu Prima Consplant yang terletak di Subang Jaya.
Ayam Rendang ini sudah pastinya menggugat selera dengan kuahnya yang pekat berkerisek dan semerbak dengan aroma pelbagai herba sebagai bahan asas dalam masakan.
Ayam Kampung Pop digoreng garing.
Gulai Ayam.
Hati Ayam Balado!
Pergghhhhh!
Aduhai.... Dendeng Balado!
Rasa seperti makan kerepek pula sebab sangat nipis dan rangup! Tak sedar kalau makan boleh habis berkeping-keping!
Walaupun rupa gulai di atas seakan sama tetapi bahan yang digunakan berbeza. Misalnya bahan untuk Gulai Ayam dan Gulai Tunjang memang sama tetapi penambahan udang kering hanya digunakan dalam masakan Gulai Tunjang.
Rasanya, dengan hanya seketul Daging Rendang bersama kuahnya dengan sepinggan nasi putih panas memang mampu memenuhi selera! Aduuhhh...! Enak banget nih!
Siapa suka makan Gulai Tunjang?
Marilah datang ke sini, dan tak perlu bersuah payah berlama-lama memasaknya di dapur sendiri...hiks!
Rasa Gulai Tunjang yang kenyal dan sangat lembut ini memang cukup mengasyikkan! Tak sedar akan termakan berkeping-keping sehingga hampir habis satu mangkuk! Hebatnya penangan masakan Padang ini!
Ini pula Gulai Kambing! Cukup rasa rempah ratusnya! Dagingnya lembut, mudah dikunyah dan terus lancar masuk ke perut!
Walaupun terkenal dengan pelbagai jenis gulai yang menyelerakan, tidak ketinggalan juga masakan berasaskan ikan dan pelbagai hasil laut lain seperti ketam, udang dan sebagainya.
Cuba teka ekor apa ini?
Heheeee... ikan keli goreng bah itu.
Gulai Ikan Merah sedia untuk dinikmati!
Ikan Nila Goreng @ Ikan Talapia.
Ikan Nila @ Talapia sedia untuk terbang ke meja anda!
Ia dihidangkan bersama kicap lada sebagai pencecah.
Gulai Ikan Tenggiri.
Ikan Talapia bakar @ panggang.
Hurrmmmm...
Tak terasa masa berlalu dengan pantas kerana asyik dengan suasana nyaman, bersih dan santai di ruang makan yang luas ini.
Jom, kita lihat seterusnya menu yang ditawarkan di sini.
Kalau sudah nampak sambal warna merah ini, sudah tentulah ada sambal hijau @ ijo!
kedua-dua jenis sambal ini merupakan hidangan wajib ada dalam setiap rumah makan atau restoran Padang!
Meleleh liur bila melihat sambal ijo!
Makan dengan apa pun sedap!
Sayur Singkong @ Pucuk Ubi tidak ketinggalan turut disajikan.
Ini pula Sayur Pucuk Paku.
Sambal lado merah digunakan sebagai pelengkap hidangan terung goreng.
Tak mahu makan sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi dan pucuk paku, bolehlah mencuba sayur kailan pula.
Apa pula ni?
Inilah Tauhu Telur!
Tauhu Telur ini dihidangkan dengan bahan tambahan seperti lobak merah dan mentimun.
Kicap lada dituang sebagai pelengkap rasa Tauhu Telur!
Woooo... rugi kalau tak cuba menu ini tau!
Banyak bukan pilihan makanan di sini?
Harganya pula memang berpatutan, ditambah pula dengan suasananya yang tenang.
Jangan lepaskan peluang untuk mencicipi Kerepek Kentang yang rangup ini. Kentang ini didatangkan khas dari Indonesia dan ia merupakan kentang yang sesuai untuk dijadikan kerepek.
Pelbagai jenis minuman dari jus buah turut ditawarkan. Singgah di sini waktu tengahari, jangan fikir dua kali untuk memesan Jus Kedondong yang ditambah asam boi! Sluuurrpppp!
Anda boleh memilih pelbagai jenis dessert yang segar dan lazat seperti Cendol Mix Durian.
Menikmatinya secara bersendirian barangkali kurang ummpphhh, tetapi jika membawa pasangan atau teman bertambahlah enaknya terasa Cendol Mix Durian ini melintasi tekak!
Ini pula Es Teller - Indonesian Dessert!
Ada macam-macam bahan di dalamnya selain sagu biji, terkandung hirisan avocado, kelapa dan nangka!
Jadi, tunggu apa lagi?
Untuk lebih lanjut bolehlah kunjungi: GRAND SARI RATU PRIMA yang terletak di No.2, GF, East Wing Consplant 1, Jalan SS 16/4, 47500 Subang Jaya.
Bagaimana untuk ke Grand Sari Ratu Prima Consplant? Sila klik di sini : Panduan halatuju ke Grand Sari Ratu Prima Consplant, 40150 Subang Jaya Selangor, Kuala Lumpur.
lamanya tak pi kedai makanan minang atau nasi padang nih... nengok segala lauk tuh... ya ampunnnn
BalasPadamgulai tunjang tu... sedapnya
semua gulai ni sedap2 semuanya... makan dengan nasi putih panas... bertambah-tambah
BalasPadamWah sedap2 belaka lauk pauk tu!
BalasPadamNorhidana,
BalasPadamkalau jumpa gulai tunjang ni memang tak hengat donia dah hahaaaa.
Bazaraya,
betul tu...
PH,
memang sedap.
Memang Sedap....
BalasPadamSelalu makan sini kalau rindu kampung.
Nasi panas, sayur paku, sambal merah/ijo beserta tunjang....
ditambah dengan kerupuk kentang....
Minuman favorit Ais Jeruk & Avocado Juice (tapi dua2minuman ne sering SOLD OUT)....������ diorang cakap buah dua2 ne import dari Padang n ramai peminat...
Tak lupa desert Ice Teler...
Attala,
BalasPadambetul tu, memang diimport dari Padang atau Medan datang 2 minggu sekali.