Pages

Selasa, 18 Februari 2020

Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine

Tidak banyak restoran halal untuk kita nikmati hidangan baik untuk sarapan pagi, makan tengahari atau malam. Namun usaha Ahmad, tour guide kami bersama Hazwan, tour leader kami dan juga Din membuahkan hasil apabila berjaya menemui sebuah restoran halal di Hoi An iaitu Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine yang terletak di  2b Phan Chu Trinh, Cẩm Châu, Hội An, Quảng Nam.

Pucuk dicita, ulam mendatang!
Itulah ibaratnya, di saat perut mula berlagu keroncong, terjumpa restoran halal yang menawarkan pelbagai hidangan timur tengah dan mediterranean. Rezeki Allah. Alhamdulillah.

Terdapat pelbagai pilihan makanan, tapi kalau dah namanya perut orang Asia Tenggara, lebih-lebih lagi orang Melayu, memang nasilah yang menjadi pilihan menu kala tengahari... ahaks!


 Ternampak nasi kabsa, maka kami pun pesan sahajalah dengan lauk yang disukai.

Minumannya pula kami pesan kopi Vietnam tambah ais. Yang ini segelas berharga 40 VND. Ikut tukaran semasa lebih kurang RM7++, tapi ikut tukaran Amie di airport, harganya mencecah RM8++.


Nampaknya hidangan terawal datang ialah Shawarma Chicken, menu pesanan Masytah. Shawarma Chicken ini berharga 65VND, tetapi kalau gunakan inti beef, harganya 80VND. Kalau matawang kita nak beli Shawarma Chicken lebih kurang RM12, dan kalai Shawarma Beef pula lebih kurang RM14++. Jadi sesiapa yang nak makan di sini bolehlah sediakan bajet yang sepatutnya.

 Ini Kabsa Rice Lamb. Amie punya. Harganya 170VND, lebih kurang RM31.00.

Ini pula Kabsa Rice Chicken dengan harga 130VND. Lebih kurang RM24++.  Kabsa Rice Chicken ini Salawati punya pesanan.

Inilah rupa Kabsa Rice Lamb setelah dibedah siat...hiks. Simple dimple! Tapi rasanya memang tersangatlah lazatnya. Licin tak tinggal sebutir pun nasi!

Beginilah suasana kawan-kawan apabila masuk ke restoran. Sambil menunggu hidangan tiba ambil kesempatan layan HP masing-masing. Maklum sahajalah inilah sahaja kesempatan untuk berhubung atas talian dengan keluarga selain di hotel. Setiap restoran yang kami masuk, semuanya menyediakan khidmat percuma WIFI.

Bolehlah singgah makan di restoran ini jika anda berkunjung ke Hoi An. Walaupun ramai pelanggan, dan sibuk tetapi makanannya sedap!

Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant

Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!

1 ulasan: