Pagi 25 Januari 2020, bersamaan pada hari Sabtu.
Kali ini kami merasai satu pengalaman hebat bersampan di muara sungai yang dipenuhi dengan hutan nipah. Sampannya pun bukan alang-alang sampan! Sampan yang kami naiki berbentuk bulat dan kelihatannya sangat ringan. Cuba lihat gambar sampan bulat di bawah ini. Nampak macam terapung jew atas air kan?
Kami dimaklumkan, sebuah sampan ini berharga 300USD. Uniknya, sampan ini diperbuat daripada buluh yang dianyam! Kebetulannya, sampan bulat yang dinaiki Dayah dan Masytah nampak asli, tanpa cat seperti sampan-sampan bulat yang lain. Wah! Rugi rasanya kalau dah sampai sini tak ikut serta turun sungai, naik basket boat!
Lebih kurang 1 jam lamanya kami dibawa menyusuri hutan nipah Bay Mau sambil menikmati pemandangan pesisir Sungai Thu Bon. Selain disediakan topi tradisional Vietnam, di dalam basket boat juga tersedia payung. Kalau rasa tak cukup topi untuk lindungi wajah dari pancaran terik matahari, bolehlah buka payung yang lebih lebar itu. Ada juga disediakan batang pancing dengan umpan olok-olok (gabus), agaknya untk aksi ambil gambar kot. Kelihatan juga beberapa buah basket boat yang membawa pelancong lain berhenti di celah-celah pokok nipah, dan pemandu sampan menunjukkan anak-anak ketam dan teritip di batang pokok nipah kepada mereka.
Air di muara Sungai Thu Bon ini kelihatan jernih dengan pembalikan warna cahaya dari daun-daun menghijau pokok nipah di sekelilingnya.
Kami tiba di jeti sungai sekitar pukul 10 pagi, dan walaupun masih pagi tetapi terasa bahang matahari yang memancar di permukaan muara sungai ini.
Gambar pertama ketika jejak kaki ke jeti.
Sangkaan Amie salah! Ingatkan upih kelapa terapung di atas permukaan air sungai. Rupanya pelepah pokok nipah yang tumbuh menghutan di kiri kanan sungai.
Basket boat tersusun di tepi sungai, menunggu pelanggan.
Muatan sebuah basket boat ialah seramai 3 orang termasuk pemandu / pendayung.
Pekerja basket boat sudah bersedia menerima kedatangan pengunjung yang akan duduk di dalam sampan. Jaket keselamatan turut disediakan.
Jom naik sampan bulat dengan pasangan masing-masing!
Puan Rozie dan Puan Izan.
Dayah dan Masytah.
Encik Azhari dan Puan Salmiah.
Hazwan (tour leader) dan Din.
Nampaknya tidak adalah gambar Amie dan Salawati dalam kamera...ahaks! Maklumlah masing-masing ambil gambar gunakan HP. Terima kasih kepada Puan Rozie dan Dayah yang sempat ambil gambar kami beberapa keping. Dapatlah diabadikan di sini gunakan saiz lebih kecil untuk elakkan gambar nampak pecah.
Bukan main seronok kamu ya naik basket boat! Haaaa.... tiba-tiba pemandu / pendayung sampan buat hal. Ingatkan mabuk! Rupanya inilah salah satu aktivitinya bila berada di tengah perjalanan.
Tukang dayung sampan mula memusingkan sampan bulat!
Putaran menjadi 360'!
Memeranjatkan dan mendebarkan!
Selepas sebuah basket boat membuat aksi puran, basket boat lain pulak melakukannya! Riuh rendah terdengar bunyi ketawa dan jeritan para penumpang!
Puan Salmiah tak lepas peluang dayung sampan!
Tukang dayung bawa basket boat yang membawa Puan Izan dan Puan Rozie ke tepi sungai. Dan, eehh eeeehhhh.... dia pun mula buat aksi yang sama!
Pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan!
Terfikir juga, bolehkah sampan bentuk biasa boleh buat pusingan 360' seperti ini?
Tidak cukup dengan kejutan di dalam basket boat, ada pula pertunjukan oleh seorang pendayung basket boat.
Dengan kemahirannya, pendayung basket boat memusing basket boat dalam gerakan yang sangat pantas dengan aksinya yang tersendiri.
Barangkali disebabkan basket boat yang agak ringan itulah yang membuatkan aksi membuat putaran pantas dapat dijayakan dengan sempurna!
Di penghujung muara, kami berhenti seketika menikmati nyanyian seseorang di atas pentas di atas air. Entah apa lagunya, kami tak faham tapi rasa gembira melihat suasananya. Memang meriahlah sebab ada muzik iringan yang melatarinya.
Sporting betul semua pemandu / pendayung sampan bertepuk tangan sambil sama-sama menyanyikan lagu yang dialunkan oleh penyanyi solo di atas pentas terapung.
Pagi itu, bukan sahaja kumpulan kami yang menyusuri muara Sungai Tho Bun tetapi juga banyak pelancong lain. Ada berpuluh-puluh basket boat yang berada di sepanjang sungai tersebut.
Wokey!
Masa untuk berpatah balik ke jeti.
Jom kita lihat-lihat suasana tepian sungai, dengan pohon-pohon nyiur melambar dan pelbagai jenis perahu nelayan serta rumah-rumah.
Pemandu basket boat semuanya kelihatan ceria. Senyum dan ketawa, walaupun tak faham satu apa pun perkataan yang mereka ucapkan!
Dah sampai ke jeti! Jom naik darat.
Tinggallah basket boat!
Selepas itu kami menikmati air kelapa segar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.
Bukan kelapa pandan, tapi airnya sedap!
Sebelum meninggalkan tempat ini, sempat ambil beberapa keping gambar lagi.
Keluar dari kawasan hutan nipah.
Apa pula ni?
Ini antara gambar yang ditangkap dari dalam van sewaktu menuju ke Hoi An. Jadi, nantikan entri seterusnya tentang Hoi An.
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
Bestkan teroka tempat org, satu pengalaman baru yg best
BalasPadamWater Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT
BalasPadamWell over 160,000 women and men are using a easy and SECRET "liquid hack" to lose 1-2 lbs every night as they sleep.
It is painless and works with everybody.
Here are the easy steps for this hack:
1) Go grab a clear glass and fill it up half the way
2) Proceed to do this proven hack
and you'll become 1-2 lbs skinnier in the morning!