20 minit berada di dalam cable car!
Kami pun jejak kaki ke Ba Na Hills.
Jom kita jelajah perkampungan Eropah di French Village untuk menikmati suasana abad ke-19 di puncak gunung!
Nampaknya wanita dan bunga tidak dapat dipisahkan, apalagi bila berada di desa ala-ala romantis begini...ahaks!
Jadi, kita belanja gambar-gambar bunga tulip ye!
Walaupun kami tiba waktu petang, tetapi masih terdapat begitu ramai pengunjung membanjiri kawasan ini.
Jom teroka mana-mana lorong yang sempat diterjah.
Pantang nampak bunga cantik, mesti tangkap gambar...hiks!
Sesungguhnya, kita dapat melihat sendiri budaya hidup masyarakat Perancis abad ke-19 di sini. Dengan suhunya yang sejuk-sejuk manja, sesekali mengintai ke dalam restoran, dan hotel yang mewah terasa berada di kota romantis tersebut!
Setelah meneroka mana yang sempat, kami pun kembali semula ke tempat yang dijanjikan untuk meneruskan perjalanan ke Golden Bridge. Ketika sedang duduk-duduk menunggu kawan-kawan yang lain tiba, kami tercari-cari bunga mana yang mengeluarkan haruman yang lembut semerbak!
Tak sangka, bunga yang mengeluarkan aroma harum lembut datangnya dari belakang kami, iaitu bunga hyacinth yang ditanam subur di dalam pasu! Baunya sungguh mengasyikkan! Kalau dari awal Amie tahu bunga hyacinth ini yang mengeluarkan bau harum, memang Amie akan tangkap semua bunga hyacinth yang pelbagai warna itu! Apakan daya, hanya tinggal beberapa minit sahaja untuk kami tinggalkan tempat ini.
Ini bunga hyacinth ungu.
Nampak gemuk dan subur!
Rasanya nak datang lagi ke sini, dan hidu sepuas-puasnya aroma hyacinth ini!
Mungkin ada hyacinth lain warna yang tak sempat Amie lihat.
Dan sebelum meninggalkan French Village, sempat tangkap gambar seafood di gerai Thai berhampiran pintu masuk.
Sekian.
Cerita tentang bunga tulip yang cantik dan bunga hyacinth yang harum di French Village. Lepas ini, kami akan menaiki cable car sekali lagi untuk sambung perjalanan ke Golden Bridge pula.
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
Entri berkaitan jalan-jalan ke Da Nang, Vietnam:
Bercuti ke Vietnam : Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills
Makan Tengahari di Simpur Restaurant (Halal Bruneian & Malay) Danang
Hai Van Pass
Han Market Da Nang
Makan Keledek Ungu Goreng di Simpur Restaurant
Salem Riverside Hotel
Da Nang Museum of Cham Sculpture
Pantai Laut Mỹ Khê & HiepThanh
Asam Pedas Ikan Tenggiri di Simpur Restaurant
Naik Cable Car ke Bà Nà Hills
Cantiknya Tulip! Harumnya Hyacinth di French Village Ba Na Hills!
Golden Bridge (Sun World Bà Nà Hills Đà Nẵng)
Makan Cekodok Udang di Simpur Restaurant
Semburan Bola Api Dari Mulut Naga & Son Tra Night Market
Coconut Forest Basket Boat Tour di Cẩm Thanh, Hội An, Quảng Nam
Hội An Ancient Town yang Mengasyikkan!
Zeytun Middle Eastern & Mediterranean Cuisine
Mengunci Cinta di Love Bridge Danang Kala Senja
Naik Feri Waktu Malam di Sungai Han
Makan Gỏi Cuốn Tôm & Bánh Xèo di Thien Ly Restaurant
Tốt Bởi Danang & Hẹn Gặp Lại!
subhanallah. sangat cantik
BalasPadamKlau tengok daun dan batang bunga hyacinth tu dekat2 macam tulip jugak kan kak, cuma pendek sikit.
BalasPadamsubhanallah, cantik sangat bunga-bunga dan bangunan kat sana kak... memang macam duduk kt eropah...
BalasPadamgeram nya tengok bunga-bunga tu dengan warna nya yang cantik, bukan main subur lak tu... kenapalah kt malaysia takde tulip atau bunga hyacinth tu kak... geram nengok
Subhanallah cantiknya. Indah sungguh ciptaan-Nya. Rezeki kak Amie dapat berjalan menikmati keindahan negara orang. Tumpang gembira, alhamdulillah.
BalasPadamUmi,
BalasPadammemang cantik... Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi serta isinya.
Nasa,
betul tu, kedua-duanya jenis bebawang, senang tanam dan berbunga tapi kenalah tanam di kawasan suhu rendah heheee.
Dana,
BalasPadammungkin tulip dan hyacinth boleh hidup di kawasan suhu sejuk macam di Cameron Highlands. Cuma, belum ada usaha untuk komersialkan. Sama seperti epal dan anggur pun boleh berbuah juga di tempat sejuk di negara kita ye.
Puan Hazel,
Alhamdulillah, in shaa Allah Puan Hazel pun akan dapat jalan-jalan juga ke negara orang. Aamiin.
MasyaAllah cantik sgt2 tempat ni. Mmg macam g Eropah lah.
BalasPadamBoleh masuk list ni..hehe