Ketika sedang jalan-jalan meninjau itu ini di tingkat bawah E Walk Mall Balikpapan, mata terpandang si Cabe Merah! Sekali pandang terlihat keunikan hiasan dalamannya, kebersihannya dan kepelbagaian menu yang ditawarkan. Akhirnya dapat juga kita 'menarik' kaki Nano dan Kam untuk singgah di sini sementara Gee dan Sue ke tempat lain mencari 'swimming pool' , kalau ada.
Nampak menarikkan?
Ada lampu gasolin, lampu dalam sangkar burung serta susun atur lain yang kemas dan kelihatan santai.
Marilah kita cari tempat duduk.... walaupun sebenarnya perut sudah diisi dengan pelbagai macam makanan sebelum ini. Nano dan Kam tak sempat habiskan buah-buahan yang dibeli dari kedai di sebelah Cabe Merah.
Salah satu daya tarikan lain yang membuatkan kaki ini ingin melangkah masuk ke Cabe Merah ialah apabila terpandang gambar menu yang ada di sini. Teringat saranan seorang rakan agar tidak lupa mencuba nasi kuning sekiranya sampai ke Balikpapan. Jadi, tidak patutlah lepaskan peluang keemasan ini. Nak juga tahu apa kelainan dan keunikan nasi kuning Balikpapan selain nasi kuning yang biasa kami makan di LD.
Kam pesan soto ayam, Nano pesan es campur, Amie pesan Nasi Rames Kuning, Tempe Mendoan dan Sate Ayam Lontong. Dah hari-hari merasa sate di gerai-gerai, kali ini ingin merasa pula sate yang dihidangkan di rumah makan.
Sementara menunggu pesanan tiba, mari kita belek-belek menu lain yang ada di Cabe Merah.
Nampaknya banyak menu Nusantara yang disediakan di sini, dan harap lain kali jika ada kesempatan berkunjung semula, teringin nak rasa Nasi Bakar Isi Ikan Teri Komplit dan Nasi Bakar Isi Tempe & Ayam Cincang.
Semuanya nampak menyelerakan!
Ada Sup Tulang Iga (Rusuk), Nasi Iga Bakar Madu..... adeeehhh!
Oh!
Memang banyak menu 'mengundang' untuk datang lagi ke Cabe Merah!
Kami tidak perlu menunggu lama menanti hidangan yang dipesan tiba di meja.
Pesanan pertama tiba ialah Tempe Mendoan.
Menurut Pak Google, mendoan berasal dari bahasa Banyumasan. Mendo bermaksud setengah matang atau lembek. Mendoan membawa erti memasak dengan minyak panas yang banyak dan cepat sehingga masakan tidak matang benar. Tempe Mendoan yang dihidangkan untuk kami ini masih panas, dan memang lembut (lembek). Kita makan cecah dengan sambal kicap.
Tak berani makan Tempe Mendoan dengan cili padi..... heheeee!
Soto Ayam pesanan Kam tiba kemudian, disusuli dengan es campur pesanan Nano.
Inilah Nasi Rames Kuning yang Amie nantikan. Ada sambal tempe kering, telur pindang dan juga kremesan yang menutup empal goreng. Empal goreng ialah daging lembu yang direbus, kemudian ditumbuk-tumbuk agar menjadi lembut sebelum digoreng. Memang sedap!
Selain sambal, Nasi Rames Kuning ini turut dilengkapi dengan kerabu (urap-urapan) sayur.
Istimewanya sate yang selalu kami nikmati di Balikpapan ialah selain kuah kacangnya yang sedap, lontong yang melengkapinya itulah yang tak dapat dilupakan!
Lontong sate yang sangat lembut dan harum daun pisang! Sedap jew masuk mulut terus telan hihihiiii!
Jadi, untuk kunjungan kali pertama ke Cabe Merah, cukuplah setakat ini dahulu, dapat merasa Nasi Rames Kuning dengan pelbagai lauk, Tempe Mendoan yang sedap dan juga sate ayam dengan lontongnya yang enak. In shaa Allah ada rezeki lain boleh datang lagi ke sini.
Entri berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan