Pages

Isnin, 4 Mac 2019

Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal

Entri terakhir jalan-jalan Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong.
Kami menaiki teksi airport menuju ke Galaxy Hotel. Solat. Berehat seketika dan kemudian keluar untuk jalan-jalan ke Pantai Amal pula.
Apa yang kami temui di Pantai Amal?
Sewaktu kami tiba, panas terik menggigit walaupun jam sudah menunjukkan angka 3 petang!
Kena bawa payung atau topi lebar ke sini....hiks!
Tidak banyak kawasan pantai yang kami jelajahi, sekadar ambil gambar untuk kenangan dan kemudian kami makan-makan di salah sebuah warung di situ.

Sebelum isi perut, kita ambil gambar dulu eehh!

 Ketika ini air sedang mula pasang, tapi masih jauh di tengah laut sanun!











  Gambar-gambar dari HP Gee.



  Akhirnya dek tak tahan panas yang membakar, kami tinggalkan pantai dan tersadai di sini.


Kami pesan apa-apa menu yang ditawarkan seperti di atas. Kepah (Kapah) Rebus, Udang Goreng, Mie Telur, Gorengan Pisang dan Gorengan Singkong serta minuman Es Kelapa dan Kelapa Utuh.

Sementara menanti pesanan tiba, jalan-jalan dulu melihat-lihat kepah yang baru mendarat.

 
Lama tak melihat timbangan ini.


Di kebanyakan warung memang terdapat timbunan kepah.

 Dan sesuai dengan suasana pantai, sudah tentunya banyak buah kelapa di sini.


 Kuih ini.... tanya penjual (masih kanak-kanak), tak tahu nama katanya.

 Kami pun beli singkong dan pisang goreng dengan harga 15,000IDR.


  Yok makan dulu singkong dan pisang goreng dengan sambal.

 Tak tahulah apa yang Kam fikirkan, merenung singkong goreng penuh perasaan...hiks!


 Es Kelapa yang dipesan pun tiba.

 Disusuli Udang Goreng.

 Kepah Rebus.

 Besar-besar pula isi kepah rebus ni.

 Dan Sambal Ikan Bilis yang biasanya disantap bersama buras.

 Ini Mie Telur (tempat kita mee maggie yang digoreng).

 Jom makan.
Bismillah.
Tak sabar nak buka ikatan buras.


 Sedaplah pulak makan kepah rebus cecah sambal.

 Terasa lemaknya buras di sini.

Selalunya makan buras dengan nasu likku, ayam palekku' atau serunding dan juga sambal ikan bilis, tapi di sini makan dengan udang goreng dan kepah rebus pula. Apa pun memang sedap!



 Disebabkan sedap, kami minta tambah udang rebus pula!
Naaa... meratahlah kami sehingga ke udang yang terakhir!
Kemudian terpandang seorang penjual telur puyuh rebus, dan kami pun beli beberapa bungkus.

  Dan makan lagi.

Setelah kenyang menjamu selera di Pantai Amal, kami terus pulang ke Galaxy Hotel untuk merehatkan diri kerana keesokan harinya kami akan pulang ke Tawau.

Untuk memudahkan urusan pembelian tiket feri dan sebagainya dari Tarakan ke Tawau, kami menggunakan khidmat Encik Feris. Perjalanan kami dari Tarakan ke Tawau mengambil masa lebih 4 jam. Alhamdulillah selamat tiba di Pelabuhan Tawau, dan Amie sempat bergegas ke Lapangan Terbang Tawau untuk penerbangan pukul 6:25 petang ke Kuala Lumpur, sementara rakan-rakan yang lain meneruskan perjalanan ke Lahad Datu.
Sekian.
Terima kasih sudi mengikuti perjalanan kami.
Jumpa lagi di lain masa dan ketika.

Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala

Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal

3 ulasan:

  1. seronok tengok Amie jalan-jalan dengan kawan. Menu makan pula mengancam semua. ahaks !

    BalasPadam
  2. panas2 bergambar kt tepi pantai, mmg perlukan topi lebar, klu tak balik tu itam la sikit kulit hehehe

    geram nengok kepah2 tu, cantik2 kulitnya tuh... makanan fresh2 lg mmg layan lah

    BalasPadam
  3. FHA,
    Alhamdulillah, bila jalan2 santai begini boleh pilih makanan ikut selera, yang menariknya dapat merasa makanan orang kampung.

    Norhidanan,
    memang sunburn habis....hihihiii.
    kepah tu baru naik dari pantai.

    BalasPadam