Inilah satu-satunya perjalanan paling singkat ke luar pernah Amie ikuti. Hanya 2 hari satu malam sahaja. Bermalam di tempat yang sungguh selesa seperti di Wafa Hotel & Apartment ini meninggalkan satu kenangan yang manis. Kami tidak terburu-buru bersiap dan keluar, memandangkan tidak banyak tempat hendak kami tuju pada hari Sabtu tersebut. Cik Amal akan datang mengambil kami pada pukul 11:30 pagi selepas check out hotel.
Sarapan pagi bermula seawal pukul 5:45 pagi, dan berakhir pada pukul 10:30. Kami turun ke dewan makan pada pukul 7:30 pagi.
Seperti kebiasaannya, sarapan pagi adalah berbentuk buffet.
Jadi, banyaklah juga pilihan menu yang disediakan sesuai dengan taraf 3 bintang.
Selain menu sarapan seperti mee hoon goreng, sarapan berat juga disediakan seperti nasi dan lauk-pauknya.
Ada mee hoon sup, dan juga bubur.
Bakwan sayur ni sedap!
Amie meratah sepiring...hiks!
Ini mee hoon sup, tapi Amie ratah fish ball banyak...ahaks!
Minum secawan kopi panas memang cukup menyegarkan!
Memandangkan banyak masa, kami santai-santai saja bersarapan di sini.
Dah kenyang barulah angkat kaki, masuk bilik untuk kemas barang.
Entri berkaitan travelogue Brunei:
bakwan...tak pernah makan. nampak sedap!
BalasPadambanyak jugak pilihan makanan nya kak, dalam banyak-banyak tu, dana tergoda tengok telur rebus tu banyak-banyak, teringat masa belajar kt U dulu, time sarapan kat dewan makan mesti amik telur rebus lebih hehehe...
BalasPadam