Hari ini Amie Masak Sambal Taun @ Tahun Belulang @ Kulit Lembu.
Ini menu kegemaran Bonda.
Kalau ada semangkuk sambal ini di hadapan Bonda, memang Bonda lupa anak cucu cicitnya!
Bonda boleh habiskan, ratah begitu saja!
Dulu Bonda pernah ajar kami cara untuk membersihkan kulit lembu. Bermula dari proses menjemur, membakar, mengikis bulu, dan merendam sehinggalah memasaknya. Sewaktu membakar dan merendam kulit lembu, memang tak sukalah dengan baunya. Tapi bila sudah Bonda masak dan dihidang, berebut pulalah kami makan!
Sekarang tak perlu melalui proses itu semua, kerana kulit lembu mudah didapati di pasaraya atau pun pasar malam. Kalau teringin nak makan, beli saja dan masak di rumah.
Bahan-bahan:
500 gram belulang yang sudah siap diproses - hiris / potong ikut saiz yang digemari
1 cawan cili padi kampung
1 cawan hirisan lengkuas muda
1 cawan hirisan bawang besar
1 cawan hirisan bawang putih dan bawang merah
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping asam gelugor
2 batang serai - dititik
1/2 cawan minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara memasak:
1. Celur belulang @ kulit lembu hingga lembut, kemudian toskan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan bawang merah hingga layu kekuningan.
3. Kemudian masukkan hirisan lengkuas muda, diikuti dengan cili padi, serai dan asam gelugor.
4. Tuangkan santan cair. Masak hingga mendidih, dan pastikan lengkuas menjadi lembut.
5. Seterusnya masukkan belulang @ kulit lembu. Kacau rata.
6. Tuangkan santan pekat, tambahkan bahan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
7. Biarkan seketika sehingga kuah mendidih, dan kemudian padamkan api dapur.
Hirisan engkuas muda tu lembut jew bila dikunyah.
Pendek kata...sedaplah!
Patut pun Bonda boleh meratah semangkuk, dan terlupa anak cucu cicitnya...hiks!
Nampak sedap lembut kenyal2 je tu Amie.
BalasPadamkalau org minang bukit tinggi diorng buat kerepek kan kak kulit lembu nie..
BalasPadammesti sedap kalau dapat makan ni kak, dana kalau balik kampung jelah baru dapat rasa ni, kalau kat kl ni, edy tak makan kulit nih... kita nak masak pun tak seronok
BalasPadam