Pages

Isnin, 4 November 2019

Masjid Omar Ali Saifuddien

Salah satu mercu tanda Negara Brunei Darul Salam yang kami singgahi ialah Masjid Omar Ali Saifuddien yang terletak di ibu negaranya iaitu Bandar Seri Begawan. Masjid terunik di Asia Pasifik ini dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei.




Masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan merupakan seni bina moden Islam. Terdapat sebuah replika barj mahligai Sultan Bolkiah sebagai tempat pementasan Majlis Tilawah Al-Quran. Barj ini dibina pada tahun 1967 sempena ulang tahun Nuzul Quran yang ke 1400.


 Pemandangan sekitar Masjid Omar Ali Saifuddien menjelang senja.










1 ulasan:

  1. memang cantik sangat, iya lah pernah terbaca pasal kubahnya di salut emas, memang cantik betul

    BalasPadam