Pukul 2 petang lewat sedikit, kami meredah bahagian bawah hotel. Setelah melihat-lihat sekitar, nampaknya hanya Pattaya Thai Food sahaja yang kelihatan bersedia sepenuhnya untuk menerima pelanggan. Restoran lain, walaupun tidak banyak sedang bersiap-siap juga, tetapi memikirkan perut yang lapar lebih baik memilih tempat makan yang rasanya cepat penyediaannya. Jadi, kami pun masuklah ke sini.
Swadeekha....
Walaupun ruang makannya agak kecil, tetapi nampak selesa. Ada tangga menuju ke atas, dan mungkin ada lagi ruang makan di bahagian atas. Kami duduk sahaja di bahagian bawah.
Ada gambar Sultan dan Sultanah Brunei.
Daulat tuanku.
Hamba menjejak kaki ke bumi Tuanku, Brunei Darul Salam tapi dek rasa lapar sangat, hamba ingin makan tengahari di Restoran Thai.
Tukaran mata wang Malaysia ke Brunei pada hari tersebut 1BND = RM3.03. Menurut Cik Amal, penduduk Brunei menyebut mata wang mereka sebagai 'ringgit' juga walaupun nilainya lebih tinggi berbanding ringgit kita.
Kalau harga Khao Niao Somtam Pik Kai Thot dalam gambar di atas, harga $9.90 bersamaan lebih kurang RM30+++.
Kami memesan set makan, termasuk minuman dan juga dessert.
Kami tidak menunggu lama untuk menikmati hidangan tengahari. Pesanan hidangan pertama diterima Jusna, dan di hadapannya sepinggan Gai Phad Kra Pau, nasi bersama ayam dengan daun selasih. Ada telur mata bertenggek atas nasinya.
Comel jew dessert yang mengiringi Gai Phad Kra Pau.
Khaw Phad Khi... nasi goreng yang pedas kata Nano, macam-macam rasa dan aroma ditambah dengan telur masin. Wuuuu... pedas sungguh!
Di hadapan Amie... phad thai yang nampak menyelerakan!
Tak sabar nak jamah!
Bila diselak-selak, menyerlahlah udang saiz besar dua atau tiga ekor... ahaks! Ditambah lagi dengan udang kering. Bismillah.... perah limau dulu! Set kami bertiga, makanan termasuk minuman dan dessert berharga 7.90BND = RM24.26.
Pesanan terakhir tiba di meja Kam, nasi goreng Pattaya. Kam kata.... alahai nasi tutup telur dadar saja ke? Kih kihkihhh....
Bila diselak telur dadar, rupanya tersembunyi aksesori nasi goreng tu dan nampaklah meriah. Nasi goreng Pattaya ini tidak termasuk dalam hidangan set yang kami pesan, harga 5.50BND = R16.89. Kam pesan minuman berasingan.
Jomlah makan!
Oppsss!
Baca doa dulu.... Aamiin.
Kalau anda makan di sini, potongan 10 % akan diberikan sekiranya kongsi makanan di Facebook atau Instagram Pattayathaifood. Oleh kerana kami tidak mempunyai talian, jadi tak dapatlah nak kongsi gambar. Syarat untuk dapat diskaun kena kongsi ketika berada di restoran ini sahaja.
Alhamdulillah.
Perut pun dah kenyang.
Cik Amal hanya akan mengambil kami untuk jalan-jalan selepas pukul 6:30 petang setelah kami solat Maghrib.
Jadi, banyaklah masa kami, free and easy gitu.
Kami pun jalan-jalan di sekitar, dan masuk ke pasar raya.
Barang-barang yang dijual sama sahaja dengan di tempat kita, dan keluaran dari negara kita juga. Ada jugalah produk tempatan, tapi tak banyak.
Amie sempat beli 3 tin corned beef.
Tengoklah nanti apa jadi dengan ketiga-tiga tin corned beef ini... ahaks!
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan