Pages

Ahad, 3 November 2019

Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah

Jom pergi ke masjid negara Brunei Darul Salam pada waktu malam.
Kami singgah ke Masjid Jame' Asr Hassanal Bolkiah yang terletak di Kampung Kiarong. Masjid ini siap dibina dan dirasmikan serta digunakan pada tahun 1994. Seingat Amie, kali kedua Amie berkunjung ke Brunei pada Disember 1993, dan waktu itu tak nampak lagi masjid ini.


Nampak berkilau warna keemasan bila disimbahi cahaya pada waktu malam, dan menurut Cik Amal, kubah paling besar diperbuat daripada emas.  Kubah-kubah kecil yang lain walaupun berwarna kuning tetapi bukannya emas, hanya warnanya sahaja yang kuning.

 Inilah wajah kami di malam nan gelap di hadapan masjid!

 Di bahagian belakang masjid ini pula merupakan tempat solat bagai jemaah wanita.

 Ambil kesempatan bergambar di bahagian hadapan masjid, tempat laluan kerabat diraja.

Jalan dari pintu pagar ini hanya dibuka untuk kerabat diraja sahaja.

 Ambil lagi gambar di tangga masjid.

 Ampun tuanku!
Patik tumpang ambil gambar di sini.

Cak!

 Kami beralih ke tempat jemaah wanita pula.
Jika berkesempatan, boleh solat di masjid ini.
In shaa Allah, keesokan harinya Cik Amal kata kami boleh solat Zohor di sini.


Inilah ruangan solat jemaah wanita.


 Bergambar dengan Cik Amal yang sentiasa menjaga budi pekertinya.

 Keesokan tengahari, menjelang waktu Zohor kami sekali lagi berkunjung dan solat di sini.

 Menurut Cik Amal, bahagian lelaki boleh memuatkan seramai 3500 jemaah. Bahagian wanita pula mampu menampung sehingga 1500 jemaah.

Dengan kata lain, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah ini boleh memuatkan sebanyak 5000 jemaah pada satu-satu masa.

 Ini lorong pejalan kaki dari pintu pagar menuju ke ruangan solat jemaah wanita.

Selepas solat Zohor, kami tinggalkan Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah. Kami akan menikmati makan tengahari pula. Suhu ketika ini tersangatlah teriknya.... mencecah 31'C.

Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer

Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan