Pages

Sabtu, 2 November 2019

Wafa Hotel and Apartment Brunei

Assalamualaikum.
Jumpa lagi setelah menyepi buat seketika.
Nak kutip semula semangat menulis yang sudah tenggelam ke dasar laut...hiks!
Kali ini, sekadar kongsi catatan kecil perjalanan singkat ke negara jiran, Brunei Darul Salam pada 25 - 26 Oktober 2019.
Terima kasih daun keladi buat Kam yang begitu bersungguh-sungguh menguruskan kumpulan kecil kami berempat untuk percutian paling singkat minggu lepas.

Sebenarnya kami pernah ke Brunei sebelum ini, tapi saja suka-suka untuk berkunjung lagi. Amie sendiri pernah ke Brunei sebanyak dua kali, dan ini merupakan kali ke tiga jejak kaki ke sini. Dulu Amie naik feri dari Labuan ke Brunei, kali ini nak cuba naik Royal Brunei pula. 

Penerbangan dari Airport Kota Kinabalu ke Airport Bandar Seri Begawan mengambil masa selama 35 minit. Kami menaiki Mas Wings (kapal terbang kecil), dan rasanya lebih kecil sedikit kot berbanding Mas Wings yang kami naiki dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, sebab bila bangun dari tempat duduk kepala terus terhantuk ke bumbung  (tempat letak hand carry) ..... ahaks! Gambar atas tu gambar kapal terbang Royal Brunei jenis Boeing yang Amie tangkap dari tingkap Mas Wings sewaktu mendarat di Airport Brunei. Nampak tak kipas  kapal terbang dalam gambar? Itulah kipas kapal terbang yang kami naiki dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan. Sama juga jenisnya, dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dahulu kami panggil kapal terbang saiz kecil ini sebagai Fokker 50.
Sebelum terbang, doa dibacakan dan kami turut mengaminkan.

Sempat kunyah kacang masin dalam penerbangan. Ini kacang masin yang diberi dalam penerbangan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Dari Kota Kinabalu ke Brunei, kami diberikan air kotak.

Belek-belek minuman kotak, dari Afrika rupanya.

Dipendekkan cerita, kami terbang dari Kota Kinabalu pada pukul 11:50 pagi dan tiba di Brunei pada pukul 12:25 tengahari. Kami disambut oleh Cik Amal, tour guide kami sepanjang berada di Brunei. Menurut Cik Amal, memandangkan hari itu hari Jumaat, maka semua premis perniagaan dan pejabat ditutup sehingga pukul 2 petang. Kami terus dibawa ke tempat penginapan, iaitu di Wafa Hotel & Apartment. Pemandu van kami bernama Ed, berasal dari Filipina. 
Tempat tukar wang pun tutup!
Terpaksa tunggu sehingga pukul 2 petang!
Sedangkan kami hanya bawa matawang Malaysia!
Syukurlah Cik Amal sudi bantu kami tukar wang sementara kami berehat di bilik.
Nak jalan-jalan pun nak ke mana pula dalam keadaan cuaca panas.
Nak makan pun, semua restoran ditutup!
Hanya pada pukul 2 petang baru boleh cari makan!
Perut memang dah mula berlagu keroncong!
Sabarlah perut... sabar menanti sehingga pukul 2 petang nanti.
Sementara itu, mari kita bereha-rehat dahulu.

Kita berehat di biliklah.... hahahaaakkks!
Takkanlah berehat di lobby hotel pula.


Mari kita tinggalkan ruangan ini.

 Kita cari bilik masing-masing. 2 orang sebilik.




 Assalamualaikum!


Buka pintu bilik terus nampak ruangan yang lengkap di bahagian dapur. Inilah rupa Wafa Hotel & Apartment 3 bintang. Boleh bawa keluarga menginap di sini.


 Basahkan tekak kejap.

 Jom intai ke bahagian dalam pula.

 Bilik pertama menempatkan katil bujang.

 Kam kata nak tidur di bilik ini, tapi akhirnya tidur berdua dengan Amie di katil satu lagi...hiks!

Bilik air pertama.

Turut disediakan mesin basuh juga. Kata Nano dan Jusna, mereka sempat cuci pakaian mereka malam itu. Kami pula, tak terfikir nak cuci apa-apa pakaian!

 Ini dia katil kedua yang terletak di bahagian hujung.

 Ruangannya agak luas dan sangat selesa.



Ok Kam... malam nanti kita tidur berdua di sini sambil sembang-sembang sebelum lelap!

 Rasa nak terus baring dan rehatkan badan!


 Bilik air kedua.

Begitu dan begini, akhirnya sebelum pukul 2 petang kami turun ke lobby hotel. Tunggu Cik Amal bawa duit tukar, dan kemudian cari tempat makan.

 Kam sudah senang hati, sebab tugasnya sebagai team leader sudah 90% berjaya. 

Bersama Cik Amal (tengah) sebagai tour guide kami sepanjang berada di Brunei Darul Salam. Sebelum bertemu Cik Amal di lapangan terbang, mati-mati kami sangka Cik Amal ini lelaki! Maklumlah sepanjang berurusan dengan Tour Agency, kami dimaklumkan akan bertemu 'Amal' di Brunei. Alhamdulillah... senang berurusan dengan Cik Amal Zayana!

Cik Amal bawakan kami tukaran matawang Brunei. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan