Jumpa lagi di pagi Isnin yang redup. Moga semua dalam keadaan sihat sahaja. Masak apa tengahari ini? Amie belum jenguk dapur, tetapi Amie akan kongsikan salah satu menu hidangan tengahari kami kelmarin iaitu Sambal Belacan Buah Duku.
Sebelum itu bolehlah lihat resepi sambal belacan Amie's Little Kitchen dengan buah-buahan seperti di bawah ini:
Sambal Belacan Buah Duku |
Sambal Belacan Buah Duku ini sedap sangat dimakan bersama ikan bakar atau ikan goreng serta ulam-ulaman.
Bahan untuk membuat Sambal Belacan Buah Duku |
Sebaiknya gunakan isi duku yang tidak berbiji. |
Sambal Belacan Buah Duku. |
Kalau rajin, boleh tumbuk sambal belacan buah duku dalam lesung. Amie gunakan pengisar sahaja.
Bahan-bahan:
- 10 biji buah duku - ambil isinya yang tidak berbiji
- 1 sudu besar belacan - bakar
- 1 biji cili merah
- 20 biji cili padi kampung
- 5 biji limau kasturi - ambil jusnya & ambil kulit dari sebiji limau kasturi yang sudah diperah - cincang kulit limau kasturi tadi
- garam / gula / perasa pilihan
Cara:
- Masukkan cili merah, cili padi, jus limau kasturi, belacan, garam / gula /perasa pilihan ke dalam pengisar.
- Tambahkan separuh daripada isi buah duku.
- Kisar semua bahan dengan cara menekan butang on sekejap-sekejap supaya tidak terlalu halus.
- Untuk kisaran kali terakhir, masukkan lebihan isi buah duku.
Makan dengan ikan goreng pun dan cukup sedap!
Sedap tu...masam2 manis...cicah ikan bakar pun sedap
BalasPadamsaya suka singgah blog akak, tengok gambar menu makanan akak..terus rasa gembira..hehe
BalasPadamApa saja sambal belacan, sy suka sangat, bila baca ada buah duku, mengesip2 ailio di anak tekak ni 😅
BalasPadamIkan goreng tu terlior sungguh..Dapat cicah tu dengan sambal duku tu dah cukup sedap tum...
BalasPadamBetul betul rare sangat ni sambal belacan campur buah duku. Bolehlah kan kita buat dia. Rasa masam masam ganti limau atau buah masam lain pun okay jugak. memang terbaik lawankan dengan ikan goreng dan ulam-ulaman.
BalasPadamhari isnin semalam tak masak apa2 pon kak, tengah stress sebab peti sejuk rosak.. hahaha
BalasPadamkampung saya banyak buah dulu kalau musim, tapi tak pernah dengar orang buat sambal belacan dulu, ini kali pertama dengar
Aduhai sambal belacan tu...ni anak suka makan tau..hehhee
BalasPadamWah.. Buah duku dalam sambal ni saya tak pernah terfikir. Maybe sebab di rumah ni, duku tak pernah tak habis
BalasPadamTak pernah lagi buat atau makan sambal belacan buah duku.
BalasPadamtiap kali masuk blog masak-masak kak amie ni , memang tak lepas peluang la dapat timba menu yang luar biasa
BalasPadamtengok pun dah rasa kecur kak... mesti sedap
BalasPadamPandainya kak amie olah masakan
BalasPadamRasanya semua buah yang masam boleh letak dalam sambal belacan.
BalasPadamSedapnyaaaaa....kalau SA cukup ikan goreng cicah belacan tu......confirm bertambah nasi...
BalasPadamTak terfikir pun buah duku boleh dibuat sambal belacan. Selalunya buah dukunya habis. Tak sempat lah nak buat sambal. Baru tahu
BalasPadam