Pages

Ahad, 26 September 2021

Burger Ikan Bersalut

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa agaknya sarapan rakan-rakan maya pagi ini?

Amie tanya Firdaus nak sarapan apa. Biasanya Firdaus akan sebut apa makanan yang disukainya. Dari kelmarin setiap kali Amie tanya nak makan apa, jawapannya : Entahlah.  Risau pula kalau budak kecil ini jadi murung kerana trauma atas kematian anak kucingnya hari Jumaat lalu.

Encik Suami minta Amie sediakan sarapan burger ikan. Amie goreng 4 keping Ramly Burger Ikan Bersalut. 


Hidangan  sarapan di pagi minggu:
  • Burger Ikan Bersalut
  • Roti Burger
  • Sos Cili Thai & Yogurt
  • Salad Green & Red Coral, Kacang Edamame & Tomato Ceri
  • Epal & Oren
Salad Green & Red Coral, Kacang Edamame & Tomato Ceri

Roti Burger yang dipanaskan garing.

Ramly Burger Ikan Bersalut.

Epal & Oren


Ramly Burger Ikan Bersalut sedia untuk dijamah.



Alas perut di waktu pagi dengan  sekeping burger ikan bersalut, roti burger berserta salad serta kacang edamame sudah cukup mengenyangkan. 


Hidangan salad dalam pinggan ini dahulu yang licin!
Firdaus pun ambil banyak daun salad bubuh dalam roti burger ikan.
Nampak ceria wajahnya pagi ini apabila melihat hidangan sarapan pagi.
Cepat-cepat dia baca doa makan.


Firdaus nampak berselera bersarapan pagi.


Jom sarapan sama Firdaus!


14 ulasan:

  1. sedapnya sarapan dia
    untie suka salad tu yummyy

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Firdaus dah mula ceria.. mudah2an kesedihan akan pudar bersama masa. Sedap juga ya sarapan dengan burger ikan, macam kat McD, hihi

    BalasPadam
  3. Auntie pun suka letak salad menimbun dlm beger mcm Daus..

    BalasPadam
  4. Wah.. berselera betul nampaknya Adik Firdaus

    BalasPadam
  5. Bagus Daus makan sayur.. Ammi suka betul kalau budak2 tak memilih makan sayur.

    BalasPadam
  6. Burger ikan pun sedap ni..Ala ala fillet 0 fish....kalau ada fries pula...

    BalasPadam
  7. Antara makanan kegemaran anak-anak Etuza ni lah bugger

    BalasPadam
  8. Salad macam tu memang cepat habis. Sedap juga sesekali makan burger ikan bersalut. Tukar selera dari biasa isi daging ayam atau daging. Alhamdulillah nampak ceria sikit Firdaus. Risau juga tu kalau dia terus murung mengenangkan kucing yang dah tak ada.

    BalasPadam
  9. meriah burger ikan kak amie. salad tu yang paling meriah, no wonder cepat habis salad tuh

    BalasPadam
  10. kecur air liur pulak acik tengok burger firdaus tu...
    kacang edamame tu nampak mengiurkan lah kak oi

    BalasPadam
  11. Wah..wah....nampak berselera tu Firdaus....mesti sedap kan...aunty nak cuba la nanti...bleh bawak bekal ke opis

    BalasPadam
  12. Dapat sebuku berger ikan tu kenyang sampai ke tengahari

    BalasPadam