Pages

Sabtu, 21 Disember 2019

Hatyai Street Stalls

Ambil kesempatan jalan-jalan waktu malam di sekitar Hatyai Street Stalls. 
Memang hidup sungguh suasana malam di Hatyai!
Orang ramai bersesak-sesak sepanjang Lee Garden Hatyai Walking Streets.
Apa yang menjadi tumpuan ramai sehingga nak berjalan pun terpaksa selit-selit di celh orang ...ahaks!

Amie belanja beberapa keping gambar sotong kering, yang dibakar dan kemudian digiling dengan mesin sehingga kembang nipis.



Melihat mesin penggiling sotong kering ini teringatlah pulak mesin getah keping zaman kanak-kanak di kampung dulu!

Makanan jalanan di sini memang pelbagai!
Dari makanan ringan, buah-buahan, minuman sehinggalah kepada tum yam kung dan khao phat... hahahaaa! Akhirnya dapat juga sebuat sejenis dua masakan Thailand!


 Nanas kecil begini pun mampu menngugat selera! Kecur liur dibuatnya tau!


Adakah berminta dengan udang, atau di sana-sini gerai dipenuhi udang?
Sebab banyak sangat gambar udang dalam kamera!




 Udang lagi!


Sebenarnya terdapat banyak jenis makanan di sini, tapi tak sempatlah nak teroka. Tangkap gambar mana yang ada di depan mata saja. Elok-elok ambil gambar yang halal, tiba-tiba di sebelahnya pula non-halal! Hati-hati kalau hendak membeli di sini. Halal dan non-halal ada yang duduk berjiran.

Kalau rasa dahaga, boleh beli air buah yang banyak dijual. Ada macam-macam jenis juga. Yang merah, kuning, putih, hijau dan sebagainya.







Bila diperahti betul-betul dalam gambar, bukan setakat sate yang dibakar tetapi juga tongkeng ayam!




 Kebab pun ada.

Sebahagian jualan sama sahaja seperti yang terdapat di Asean Night Market. Bezanya di sini lebih terbuka.




 Terjebak juga dengan baby crab goreng!
Ada macam-macam perasa.

 Di mana-mana sahaja gerai penuh dengan pelanggan!


 Goreng apa dik?

Selain gerai makan, restoran yang ada di sepanjang jalan juga menawarkan pelbagai hidangan laut yang segar!

Kalau menginap di Lee Gardens Plaza Hotel memang puaslah nak jalan-jalan di sini sampai malam pun!

Kami pun dah nak balik ke Aloha Hotel. Dari awal pagi bertolak naik keretapi dari Sungai Kolok, sampailah sekarang masih berjalan. Kasihan kaki! Bagilah dia rehat dulu. Esok pagi boleh sambung jalan.


 Okeylah... setakat ini dahulu perkongsian yang dapat dipaparkan.

 Seperti biasa, selain makanan, banyak juga pakaian yang dijual di sini.

Sebenarnya sebelum ke Khlong Hae Floating Market kami sudah memborong juga di sini! Dan kemudian sambung borong lagi di Asean Night Market.

Tak sabar nak masuk bilik.
Nak bersihkan diri.
Nak solat.
Nak tidur.
Tapi... ketika buka tudung itulah ada semacam bau yang mengikut!
Tudung bau udang galah goreng.

5 ulasan: