Pages

Khamis, 19 Disember 2019

Asean Night Bazaar Hatyai

Sambung cerita jalan-jalan cari makan di Hatyai.
Huurrmmm... bila edit gambar, asyik nampak udang galah goreng saja! Macam penuh pulak kamera dengan udang galah...ahaks! Belek 4-5 keping gambar, jumpa lagi udang galah melingkar!
Cerita selanjutnya ialah, kami singgah di Asean Night Bazaar Hatyai. Bunyinya macam 'pasar malam' sajakan? Tapi bila ada perkataan 'Asean' itu seolah-olahnya ada sesuatu yang istimewa di situ. Marilah kita lihat, betulke masuk ke pasar malam macam di tempat kita? Kami tiba di sini lebih kurang pukul 6 petang, di remang-remang senja.

Meh jamu makan udang galah goreng dulu.
5 ekor sepiring ini harganya 150BAHT. Ikut tukaran matawang kita hari itu lebih kurang RM20.66 sen gitu. Udang galah ini digoreng saja ye, dan ada sos pencecahnya.

 Asean Night Bazaar ini ada 2 tingkat. Tingkat bawah seperti gambar di bawah ini.


Banyak kedai jualan pakaian, beg dan sebagainya.

Pengunjung pun boleh tahan ramainya di sini! 

Di bahagian atas pula penuh dengan gerai makanan dan minuman serta buah-buahan. Meja makan pula sentiasa penuh dengan pelanggan yang sedang menikmati pelbagai makanan yang dibeli.

Memang teringin nak minum pelbagai jenis jus buah-buahan di sini, tapi bila teringat peristiwa pahit minum jus sirsak di Sidoarjo tempohari, terus batalkan keinginan...hiks! Kebetulan pula di tingkat ini tak semua tandasnya ada air tau! Haaaa.... kena jaga-jaga tu!

Syukurlah ada air mineral di sini.

Jadi, terpaksalah lupakan dahulu segala jus buah-buahan buat seketika.

Kita tengok-tengok dulu apa yang ada di sini. Hari itu asyik terserempak dengan kao niew ma muang atau pulut mangga. Merasalah juga pulut mangga dengan pulut warna-warni...ahaks!



 Banyak makanan bergoreng di sini.

 Ini ikan goreng bersalut apa entah..heheheee.


 Keropok pun ada.

Bila melihat begitu banyak jenis makanan, tak tahu mana satu yang berkenan di hati. Semuanya nampak sedap! Semuanya menyelerakan! Semuanya menggoda rasa....huhuhuhuuu! 












 Sushi pun ada!



 Aduhai udang galah goreng!

 Sana-sini dia duduk melingkar menggoda mata!

Ada yang dijual 4 ekor sepiring, dan ada pula 5 ekor sepiring. Mungkin ikut saiz sebab nampak harganya sama saja.




 Aduh sedapnya dessert!

Aduh cantiknya dessert!




 Ini telur sotong.
Ulang alik dua tiga kali nampak telur sotong ni, akhirnya rembat juga semangkuk!

Inilah telur sotong tadi. Ditambah dengan pelbagai aksesori.



 Biarlah udang galah goreng ini di sini...hiks!
Bukannya selalu dapat tangkap gambar dia begini...kan..hahahahaa!





 Kecur liur tengok somtam!





 Isshh...udang lagi!


Nasi warna kuning dalam gambar di atas itu mungkin khao mok gai, sejenis nasi beriani versi Thai.













 Kaki ayam ini turut menggoda selera juga! Akhirnya beli juga kerabu kaki ayam.


 Jom makan lagi....

 Kerang rebus!

 Kali ini baru betul-betul beli udang galah goreng yang baru keluar dari kuali!



 Sebenarnya tak larat nak makan banyak-banyak. Cukuplah sekadar merasa sahaja. 
Setelah menghabiskan udang galah goreng yang terakhir, kami pun turun ke tingkat bawah untuk shopping pakaian pula... ahaks!

Orang kata jangan membeli dikala perut lapar. Sekarang perut dah kenyang. Nak shopping pun rasa malas...kihkihkihhhh!




Wokey...
Habis cerita di sini dahulu ye.
Bila menjengok pintu keluar, ramainya yang sedang duduk di bangku menunggu suami, atau isteri atau kawan-kawan!



1 ulasan:

  1. kak amie..border buka nanti jom la kita pergi repeat makan2 kat sini...rindu naknpergi lagi...

    BalasPadam