Pages

Sabtu, 9 November 2019

Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu

Penerbangan dari Bandar Seri Begawan dijadualkan pada tengah malam dengan menaiki pesawat jenis Boeing. Kalau penerbangan dari Kota Kinabalu ke Bandar Seri Begawan mengambil masa selama 35 minit naik pesawat kecil,  dengan menaiki Boeing dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu pula hanya 25 minit sahaja berada di udara. Nak lelapkan mata pun tak sempat..... hiks! Patutlah pramugari terus menghulurkan kotak minuman sebaik sahaja penumpang berada di tempat duduk! Amat singkat masa selama 25 minit!

Kami sempat menikmati KFC  sementara menunggu masa untuk terbang. Maklumlah, pukul 6 petang Cik Amal sudah menghantar kami ke airport, dan kena tunggu hingga tengah malam untuk terbang. Selepas solat jamak, kami terus menuju KFC Brunei untuk isi perut. Seperti biasa, ketika membeli anggap sahajalah kita bayar gunakan kiraan matawang ringgit....hiks! Masing-masing memesan set seketul ayam goreng, bersama kentang goreng, salad kacang dan sebiji burger serta minuman dengan harga $10.50 cent. Dalam kiraan matawang kita lebih kurang RM32.00. Memang lebih mahal dengan harga di tempat kita. 

Kapal terbang mendarat dengan selamatnya, dan waktu itu mata baru nak terpejam. Kami akan bermalam di Apartment Imago Kota Kinabalu. Alhamdulillah, seorang rakan sekerja Jusna sudi mengambil kami di airport. Masuk bilik masing-masing memang dah tak ingat dunia! Keesokan paginya bangun lewat.... ahaks!
Kami akan berada di Kota Kinabalu selama dua hari, dan hanya akan jalan-jalan di sekitar bandar. Dan kebetulannya, pada tengah hari minggu itu Jusna akan menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Jadi sementara Jusna ke sana, kami bertiga merayaplah di Imago Mall mencari apa yang patut.

Sarapan pagi kami agak lewat!
Kami isi perut di Hailam Kopitiam dengan memesan secawan kopi.

Kam dengan kuey teow gorengnya!

Nano dengan Hailam Fried Mee.

Ni kita punya, Chicken Ho Fun Soup.

Dan Jusna, dengan mee kuey teow basahnya.

Sebelah petangnya pula, setelah Jusna ke majlis kahwin rakannya, kami merayap lagi. Penat berjalan, kami singgah di Chicken Rice Shop pula untuk membasahkan tekak.

Tak cukup dengan air minuman, kami pesan hidangan ringan seperti Nyonya Pai Tee, spring roll dan sebagainya ikut cita rasa masing-masing.



Kami panjangkan kaki hingga ke Suria Sabah, dan sebelum pulang ke apartment kami makan malam dahulu di Seoul Garden Hot Pot.

Kemudian kami pulang ke apartment dengan menaiki teksi.
Kena tidur awal.
Esok bangun awal.
Esok pagi akan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

1 ulasan:

  1. Pelanggan yang dihormati,
    Kami menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar untuk memulakan kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.

    Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.

    Dengan kadar faedah rendah 2%.
    Tempoh 1 hingga 15 tahun. -24-7 SlH
    Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com

    BalasPadam