Selepas mengunjungi Pasar Malam Gadong, kami bergerak menuju ke tempat persemayaman rasmi Baginda Sultan Brunei yang letaknya berhampiran dengan tebing Sungai Brunei. Waduh! Istana ini dikatakan istana paling besar di dunia dan mengalahkan saiz Istana Kota Larangan di Negara China dan juga Istana Diraja Madrid di Sepanyol. Bahkan Istana Buckingham di United Kingdom jatuh ke tempat keempat besarnya selepas ketiga-tiga istana yang disebutkan sebelumnya!
Dalam gelap malam, hanya cahaya lampu yang menerangi sudut tertentu untuk kami abadikan gambar. Tak dapat masuk istana, dapat bergambar depan pagar pun jadilah.... ahaks!
Istana Nurul Iman mempunyai 1,788 buah bilik. Menurut Cik Amal, pada hari raya istana ini dibuka kepada rakyat jelata dan orang ramai selama 3 hari. Dewan jamuannya pula mampu menampung sebanyak 500 orang pada satu-satu masa. Terdapat sebuah masjid di dalam istana ini, dan boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah. Baginda Sultan Brunei juga memiliki 200 ekor kuda yang polo yang ditempatkan dalam kandang berhawa dingin.... wow!
Kalau berkesempatan masuk ke dalam Istana Nurul Iman, agaknya sempat tak mengira sejumlah 564 lampu candelier dan sebanyak 51,000 mentol lampu di segenap penjuru? Khabarnya, terdapat 18 lift dan 44 tangga dalam istana!
Bergambar bersama pemandu van kami, Encik Ed.
Tengahari esoknya kami datang lagi.
Ambil gambar lagi, tapi kena segera meninggalkan ruangan ini kerana kiri dan kanan pagar asyik dibuka dan ditutup, memberi laluan keluar dan laluan masuk pelbagai kenderaan istana.
Teringat gambar bersama pengawal Istana Nurul Iman 26 tahun yang lalu di pondok pengawal warna putih ini. Entah ke mana gambar itu! Gambar yang diambil zaman kodak... hiks!
Kami meninggalkan Istana Nurul Iman untuk isi perut dulu, sebelum sambung lawatan pada sebelah petang nanti. Sepanjang perjalanan menuju ke tempat makan, sedikit sebanyak terjenang-kenang sejarah Kesultanan Brunei yang pernah dipelajari di sekolah menengah dahulu!
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer
Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer
Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu
gambar yang mula-mula tu kak macam scary je hehehe... sebab cahaya tuh
BalasPadammesti cantik dalam nya kan kalau boleh masuk... macamne lah besarnya kalau istana paling luas di dunia ya
Norhidana,
BalasPadamkan... kami pun hanya mampu lihat dari pintu hadapan, dan belakang istana. Kalau nak lihat suasana dalam istana, nampaknya kena datang istana pada hari raya hehehee.