Pages

Isnin, 4 November 2019

Kambing Masak Lada Hitam

Assalamualaikum.
Jumpa lagi dengan perkongsian resipi hari ini.
Tiba-tiba teringin nak makan lamb!
Teringat pulak anak-anak bujang yang jauh, Farid dan Fuad yang memang penggemar lamb!
Huurrmmm... hati seorang ibu memang begitulah. Apa sahaja perkara yang pernah dilalui bersama anak-anak, sudah pasti akan menyentuh hatinya!

Kambing biri-biri ini Amie olah jadi masakan mengikut citarasa sendiri. Hasilnya memang menjilat jari! Jom kita lihat resipinya di bawah ini.

Bahan-bahan:
600 gram daging biri-biri 
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak masin
3 cawan air
4 sudu besar minyak

Bahan tumbuk kasar:
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil lada hitam
3 cm halia
3 ulas bawang putih

Bahan tambahan:
1/2 batang lobak merah - hiris nipis
1 biji capsicum hijau - potong dadu
10 ulas bawang putih - buang kulit
1 biji bawang besar - potong wedges


Cara memasak:
1. Panaskan minyak, dan goreng bawang besar sehingga layu kekuningan.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk kasar, dan tumis hingga wangi.
3. Masukkan daging kambing biri-biri dan gaul rata dengan bahan tumis.
4. Setelah daging kambing layu dan berubah warna, tambahkan air. Biarkan sehingga mendidih.
5. Perlahankan api dapur, tutup kuali dan masak sehingga daging kambing empuk.
6. Masukkan bawang putih dan hirisan lobak merah. Masak lagi selama 3 minit.
7. Akhir sekali, masukkan capsicum hijau dan hirisan wedges bawang besar.
8. Gaul beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.

Firdaus menambah nasi dalam pinggan beberapa kali. Katanya makan nasi dengan kuah Kambing Masak Lada Hitam pun sudah cukup sedap! Memang sedap pun....  ahaks! Amie tak bubuh garam dan sebarang perasa lain dalam masakan. Gandingan sos lada hitam, sos tiram dan kicap lemak masin sudah cukup memberikan rasa yang cukup lazat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan