Pages

Sabtu, 4 April 2020

Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique

Menginap di hotel yang sama untuk beberapa malam memang memudahkan sebab tak perlu angkut beg setiap pagi ke lobby dan pada malamnya angkat beg pula masuk ke bilik. Biasanya keadaan begini berlaku sekiranya tempat lawatan atau tempat aktiviti tidak jauh dari hotel.
Kami menginap selama 3 malam di Baan Thai Boutique. 

Sebelah pagi, sebelum meneruskan aktiviti kami akan bersarapan terlebih dahulu.

 Inilah ruang makan di hotel ini. Luas dan selesa.

Haa... amaran terpampang di pintu masuk dewan makan.


 Suka melihat dekorasinya, banyak gambar-gambar masyarakat tradisional di dinding.


Kalau tak mahu makan di bahagian dalam, boleh bersantai-santai bawa makanan ke luar.


Duduk bersembang di sini sambil menghirup secawan minuman panas memang mengasyikkan!



Jom masuk semula ke dalam dewan makan.


Makanan yang disajikan di sini lebih kurang sama pada setiap hari, kecuali dua tiga jenis yang berbeza pada hari yang berlainan. 


 Ada bubur nasi dengan ayam. Harum bubur ini dengan aroma daun pandan.

 Pelbagai jenis sayuran disajikan.



 Ayam dengan daun selasih.








Pagi pertama, alas perut dengan sedikit hidangan seperti sosej, telur ancur, kuey teow goreng dan juga sayur cendawan. Makan juga sepotong tembikai.


 Pagi kedua.
Terpikat melihat set bubur nasi.


Tembikai sepotong, sayur cendawan telinga tikus, dan juga mee goreng serta sedikit ayam. Dan di bawah, sesenduk bubur nasi, tambah kacang tanah goreng serta sayur lobak jeruk.

 Pagi ketiga, hati tergerak untuk menjenguk bahagian roti.



Pilihan sarapan pagi ketiga:
Secawan teh panas.
Bubur nasi.
Dua keping roti.
Sosej, suhun goreng, telur hancur dan sesudu besar nasi goreng serta sayur cendawan.

 Bismillah.

Makanan yang disediakan semuanya halal.
Bolehlah menginap di sini lagi, sekiranya ada rezeki berkunjung kali kedua ke Bangkok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan