Orang kata kalau dah jejak kaki ke Bangkok, perjalanan tak lengkap kalau tak singgah di Mae Klong Railway Market. Kami sampai ke sini lebih kurang pukul 11 pagi. Masih ada masa untuk meronda-ronda sekitar landasan sebelum ketibaan keretpi yang akan melalui landasan yang terletak betul-betul di tengah-tengah pasar!
Inilah jadual keretapi yang akan melalui landasan.
Pemandangan landasan keretapi di sebelah jalan raya.
Keretapi akan muncul dari arah hadapan.
Kita ronda-ronda dahulu di sekitar landasan.
Pasar jualan terletak di kedua-dua belah bahu rel keretapi.
Ada pelbagai barangan yang dijual di sini.
Boleh shoping dulu di sini kalau ada yang berkenan di hati.
Pashmina pun ada dijual di sini.
Nampak macam murah sahaja harganya. Beli 3 helai dapat harga 200 BAHT.
Pilih-pilih pashmina, nampaknya kebanyakannya ada gambar gajah. Maklumlah negara gajah putih. Akhirnya dapat juga yang tak bergajah.
Para peniaga meletakkan sahaja barang jualan di tepi landasan keretapi.
Pelbagai jenis jualan ada di sini. Seronoklah dapat melihat pemandangan unik di sini.
Bunga telang kering pun banyak dijual di sini.
Buah-buah pun banyak terutamanya mangga. Ada yang muda dan ada yang masak.
Buah kundang masak ranum!
Rasanya sangat manis!
Beginilah pemandangannya pasar di landasan keretapi. Letak saja barang jualan di tepi landasan, dan pasang khemah untuk lindung dari panas dan hujan.
Buah-buah kering pun ada terutamanya mangga. Amie beli mangga kering di airport, sebab nak habiskan BAHT.
Sementara keretapi tiba dalam beberapa minit lagi, ambillah dahulu gambar sayur-sayuran pula. Geram tengok sayur asparagus yang gemuk-gemuk! Lebih gemuk dari yang selalu Amie lihat di Kundasang.
Seronoknya kalau dapat membeli-belah di sini. Lada solok pun segar-bugar!
Inilah tomato yang digunakan dalam membuat som tam. Lebih tebal dan tidak lembik seperti tomato biasa.
Mentimun segar ini sudah semestinya rasanya rangup! Teringat di tempat sendiri, jarang jumpa lagi jenis timun kampung yang rangup begini.
Oh! Ada isyarat yang mengatakan keretapi sudah menghampiri pasar!
Menunggulah kami di tepi landasan.
Kedai pakaian, milik Amp mula ditutup dengan kain. Sempat berkenalan dengan Amp, sebab beli baju Firdaus di sini.
Setelah menutup pakaian jualannya dengan kain, Amp segera mencapai galah besi berpenyangkuk untuk menurunkan khemahnya.
Kemudian Amp menegur kami agar berdiri jauh masuk ke dalam garisan, kerana katanya keretapi akan melalui tempat kami berdiri.
Amp bersungguh-sungguh mengarahkan pelancong yang ada di situ supaya berdiri di dalam garisan.
Kelihatan di sebelah sana, semua peniaga menurunkan khemah masing-masing tetapi membiarkan sahaja jualannya di tepi landasan.
Tidak lama kemudian muncullah kepala keretapi dari selekoh jalan raya.
Peniaga yang berbaju warna kuning berteriak ke arah pelancong yang sibuk berselfie supaya ketepi!
Haaa.... akhirnya dia terpaksa 'menolak' pelancong tadi ke dalam!
Nampak tu!
Keretapi bukannya kecil dan boleh dibuat main-main!
Keretapi itu besar, berpuluh gerabak!
Begini rupanya suasananya.
Keretapi berlalu meninggalkan kami. Dan di bawah keretapi itu, di tepi landasan, buah-buahan jualan para peniaga tidak terjejas!
Kemudian Amp dan para peniaga lain memasang semula khemah masing-masing. Maka aktiviti jual beli pun diteruskan. Sekian dahulu, pengalaman selama hampir satu jam berada di Mae Klong Railway Market, Bangkok.
Hahaaaa... keesokan pagi, cuba pakai pashmina yang dibeli di Mae Klong Railway Market! Entah rupa hape...terbelit sana sini tak menjadi...kah!
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Tiada ulasan:
Catat Ulasan