Nampaknya perjalanan kami bersambung selepas waktu Subuh!
Mungkin masih berada di sempadan negara, jadi tidaklah merasakan sangat suasana di negara lain. Akan tetapi apabila melihat kepada bentuk tulisan yang berbeza, bendera serta gambar-gambar pemerintah, barulah terasa kaki sudah melangkah masuk ke Negeri Gajah Putih!
Jalan raya pun masih kelihatan basah. Bukan kerana embun! Barangkali malam tadi hujan lagi tetapi dek terlalu lenanya, kami tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di luar hotel.
Kami singgah di sebuah warung makan. Bila menoleh semula ke belakang, lampu jalan raya masih terpasang. Langit masih kelihatan gelap dan suasana masih lengang. Tidak kelihatan sibuk dengan orang ramai yang lalu lalang.
Di bahagian hadapan pula, kedai-kedai masih belum dibuka. Kedai makan yang kami singgah merupakan kedai makan 24 jam. Pemiliknya sangat peramah. Kalau masih rasa mengantuk, memang segarlah mata mendengar mereka berceloteh dalam bahasa Kelantan tapi masih pekat dengan dialek Siam. Katanya, mereka tak tidur lagi dari malam semalam kerana banyak pelanggan yang singgah untuk makan.
Nak sebut nama kedai makan ini Amie pun tak tahu sebab tidak ada tulisan dalam bahasa Melayu, kecuali ada perkataan SUP TULANG!
Pemuda yang sedang masak ini ada sebut nama kedai, tapi katanya tak tahu nak eja dalam bahasa Melayu. Jadi, ditunjukkan pada Amie gambar di FBnya.
Ada sesiapa boleh terjemahkan tulisan Thailand di atas ?
Rakan-rakan yang lain memesan makanan dan minuman. Seperti biasa, Amie tak pesan apa-apa. Maklum sahajalah perut 'permaisuri' ini hanya boleh diganggu selepas matahari terbit.... kihkihkihhhh!
Selepas bersarapan, kami meneruskan perjalanan menuju ke stesen keretapi.
Ketika ini di tepi jalan sudah ada beberapa orang peniaga dan peraih sedang berurusan. Seperti sebelumnya, memang tak dapat nak tangkap gambar sebab tangan menjinjing beg berisi keropok. Dapat tangkap juga beberapa keping tetapi gambar kelihatan samar sebab goyang dan tak dapat fokus seperti gambar serai di atas itu. Memanglah banyak serai, sebab Thailand terkenal dengan tom yam! Dan serai merupakan bahan wajib ada dalam tom yam!
Petai pun ada!
Bertangkai-tangkai pula tu!
Banyaklah sayur dan buah-buahan termasuk nanas, kobis dan sebagainya.
Arah tuju kami pagi ini ialah ke tempat tukar wang.
Nilai matawang pada hari itu ialah RM1 = 7.26 Baht Thailand (THB).
Amie tukar RM700 =5050THB.
Tak tukar banyak, sebab hanya dua hari satu malam sahaja di Hatyai. Kalau tak cukup nanti boleh tukar lagi di Hat Yai.
Tanah Gajah Putih masih lagi basah.
Matahari belum bangun dari tidurnya.
Jam hampir menunjukkan angka 7:30 pagi waktu negara kita, dan 6:30 pagi waktu Thailand.
Kami bergegas menuju ke kaunter untuk membeli tiket keretapi.
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Trip keretapi dgn kwn2 ya Amie? Seronoknya!
BalasPadamSeronok kan...memang pi Haatyai SA x tujar duit banyak...sebab ada je money changer kat sana ..and duit SA selakunga habis utk makan...hahahah
BalasPadam