Sempat melompat turun dari tuk-tuk sebelum hujan turun membasahi kami!
Tempat lompatan itu di sekitar Kim Yong Market.
Dan kami berhenti di sini untuk memanfaatkan sisa masa yang ada untuk membeli oleh-oleh yang sudah diphat dalam fikiran iaitu kacang-kacangan! Katanya kacang-kacang di sini harganya lebih murah berbanding harga kacang di tempat lain. Itu sebabnya sewaku berjalan dari kelmarin, pejamkan mata sebelah bila ternampak deretan kacang-kacang di gerai-gerai yang kami lalui.
Kacang apa ye yang nak dibeli?
Takkan jauh-jauh datang ke sini nak beli kacang tanah kot.... ahaks!
Sebelum masuk kedai kacang, mari kita lihat suasana di sekitar dulu.
Sesak kiri dan kanan lorong untuk berjalan, dipenuhi dengan pelbagai gerai dan barangan jualan.
Macam-macamlah yang ada dijual sini.
Kalau banyak masa bolehlah pilih dan jika berkenan belilah.
Tapi kami tak banyak masa untuk berlama-lama di sini.
Hanya lebih kurang setengah jam ke pukul 12 tengahari untuk check out, dan selepas itu kami akan menaiki tuk-tuk ke stesen bas, dan bergerak ke Danok dan melepasi sempadan Thailand untuk sampai ke Bukit Kayu Hitam.
Haaaa... mari kita masuk ke kedai jual kacang yang katanya murah di sini.
Dalam kedai kacang ini ada macam-macam!
Udang kering.
Ikan kering.
Ikan bilis.
Kerepek nangka.
Longan kering.
Sotong kering.
Ehhh... macam-macamlah!
Deretan pelbagai kekacang.
Ada kacang gajus pelbagai jenis. yang saiz besar. Saiz kecil. Pelbagai perasa. Yang terus dimakan pun banyak, dan yang belum digoreng pun ada.
Yang ini belum digoreng.
Baiklah beli yang sudah digoreng. Terus boleh ngap...ahaks!
Harganya pun tidaklah semahal harga di tempat kita. Tapi lupa pulak dah berapa BAHT...ngeeeee!
Dah beli kacang gajus, belilah juga kacang pistachio. Harganya juga tidaklah begitu mahal, harga mampu beli. Ada jenis-jenisnya juga, dan harganya juga berbeza dari 400++BAHT ke atas. Banding dengan gajus, memang gajus lebih murahlah.
Udang kering pun ada macam-macam rupa dia.
Ikan pari kering. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, Bonda selalu suruh kita beli di kedai. Bonda suka masak sambal!
Beli longan kering juga.
Dan juga sotong kering.
Sampai rumah, Amie campur sorong kering dengan kacang gajus. Waallaaa..... berebut makan!
Sebaik sahaja selesai memborong kudap-kudapan di Kim Yong Market, hujan pun reda. Kami cepa-cepat bergerak pulang ke hotel untuk mengambil beg dan kemudian check out.
Nampaknya sampai di sini sahajalah perjalanan singkat dan perkongsian pengalaman kami buat kali pertama berkunjung di negara jiran iaitu Thailand, di sekitar Hatyai. In shaa Allah, ada rezeki kami akan datang lagi tetapi mengharapkan lebih santai dan mempunyai lebih banyak waktu untuk meneroka Hatyai.
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Seronoknya kalau dapat beli belah kat sini.
BalasPadamya Allah, menggodanya semua barang. rambang mata tengok gambaq. haha
BalasPadamFuhhh rambang mata melihat barang2 yg dijual
BalasPadamSA kalau pi sini selalunya rambang mata beli buah buah segar...manis dan pastinya murah..kena pandai tawar menawar...barang2 lain pun suka beli especially sotong2 kering tu
BalasPadam