Nampaknya kami tak dapat lari dari hujan ketika berada di bumi gajah putih ini. Sekali lagi dalam keadaan basah, kami masuk ke lobi hotel untuk daftar masuk. Kali ini kami akan menginap di Hotel Aloha, tidak jauh dari Stesen Keretapi Hatyai. Sebelum ini, orang tengah yang menahan kami sebaik sahaja keluar dari terowong keretapi menawarkan kami harga RM130 (harga setelah kami hitung dari matawang BAHT) untuk Hotel Aloha ini. Namun kami dapat harga RM98, dan bermakna kalau dua buah bilik, mereka akan dapat lebih kurang RM60-70. Begitulah cara mereka cari makan. Membantu orang itu sangat digalakkan, tapi janganlah sampai cekik leher walaupun kami orang baru di sini.
Bila kami menolak, diteriaknya pula dengan nada kasar dengan mengatakan hotel yang akan kami temui jauh lebih mahal berbanding dengan harga yang mereka tawarkan. Hotel Aloha terletak di sini: 120 122-124 Nipatuthit 1 Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand.
Dan buat kali kedua, kami perlu meninggalkan passport sewaktu daftar masuk dan boleh diambil sewaktu daftar keluar hotel. Kali ini bukan salah seorang wakil bilik, tapi semua orang perlu tinggalkan passport masing-masing. Amie pun kurang faham mengapa kami mesti serahkan passport, dan kemudian berjalan keluar tanpa membawanya bersama. Menurut kawan kembara kami, kad pintu hotel wajib dibawa ke mana-mana kerana disitu petugas hotel sudah key-in maklumat kita dari passport yang ditinggalkan. Oh! Begitu ke? Atau mungkin ada di antara rakan pembaca di sini yang tahu lebih lanjut, silalah kongsi maklumat ye. Terima kasih.
Lobi Hotel Aloha agak luas.
Boleh terus nampak Restoran Aloha.
Di sebelah kiri pintu masuk, naik 4 anak tangga sudah kelihatan susunan kerusi.
Rupanya kerusi-kerusi ini disediakan untuk khidmat urut kaki! Ini dapat Amie lihat apabila kami pulang dari jalan-jalan di sekitar Hatyai. Kerusi kelihatan penuh oleh pelanggan yang sedang menerima khidmat urutan kaki!
Kami sangat berpuas hati dengan harga dan keselesaan bilik!
Kami sempat menunaikan solat jamak sebelum keluar untuk isi perut.
Di Hotel Aloha, air mineral tidak dikenakan bayaran seperti di Hotel Genting Sungai Kolok.
Mari berkenalan dengan mata wang Thailand atau Baht Thailand (THB).
Sewaktu tukar duit di Sungai Kolok, semuanya matawang dalam jumlah 1,000 Baht. Sekarang, sudah ada tukaran wang yang lebih kecil dan memudahkan untuk berbelanja.
Jom buat kira-kira berdasarkan nilai tukaran wang pada 29 November 2019.
100 Baht bersamaan dengan RM13.77.
1 Baht = 0.14 sen
Entri berkaitan Thailand - Hatyai boleh klik di sini:
Bermalam di Genting Hotel Sungai Kolok
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
Selamat Pagi Negeri Gajah Putih
Train to Hatyai
Aloha Hotel Hatyai
Selamat Petang Hatyai : S̄wạs̄dī txn yĕn thī̀ h̄ādh̄ıỵ̀
Nasi Goreng Sultan
Sepetang di Hat Yai Floating Market (Khlong Hae Floating Market)
Asean Night Bazaar Hatyai
Hatyai Street Stalls
Sarapan Pagi di Dimsum Chabura
Kim Yong Market
ada sesetengah hotel disana mmg akan minta pegang passport kita..SA x pasti kenapa tp syukur hotel SA duduk dulu x mcm tu..ye la pi backpackers of course murah kan...balik hotel pun utk tido je
BalasPadam