Salam Maulidur Rasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Di pagi yang mulia ini, sempena maulidur rasul, marilah kita hayati firamn Allah yang bermaksud:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;
dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah
menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu
dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat
Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat
petunjuk hidayahNya”. (Surah A-li ‘Imraan 103)
Moga kita menjadi umat Muhammad S>A>W yang sentiasa berjaya untuk dunia dan akhirat. Aamiin.
Amie sambung catatan perjalanan ke Negara Brunei Darul Salam. Kami melawat ke Muzium Alat Kebebsaran Diraja (Royal Regalia Museum berhampiran dengan Pusat Sejarah Brunei. Muzium ini terletak di Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Tak banyak yang boleh dikongsikan berkaitan muzium ini kerana para pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami hanya ambil gambar di luar bangunan dan sekitar muzium sahaja. Kami berkesempatan melihat carta susur galue pemerintahan 29 sultan yang memerintah Negara Brunei Darul Salam dari Sultan Muhammad Shah (1363-1402) sehinggalah pemerintah mutlak pada hari ini iaitu Sultan Hassanal Bolkian (1967 -kini).
Sewaktu kami hendak menyebarang jalan menuju ke muzium, Cik Amal menunjukkan tiang-tiang yang tertera angka 73, yang menunjukkan usia Sultan Hassanal Bolkian pada tahun ini iaitu 73 tahun, dan setiap tahun disambut secara besar-besaran.
Kami berada di sini, di pintu masuk muzium. Sebelum masuk ke muzium, pelawat dikehendaki membuka kasut masing-masing. Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan berkaitan alat-alat kebesaran diraja. Banyak hadiah dari pelbagai negara yang dipamerkan sempena sambutan jubli perak (25 tahun) pemerintahan Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah) termasuklah dari negara kita.
Cara Cik Amal menerangkan satu demi satu segala perkara kepada kami berempat yang terdapat di dalam muzium sangat menarik perhatian orang ramai. Tiba-tiba tempat kami dikerumuni oleh berpuluh-puluh pelawat lain untuk sama-sama mendengar penerangan Cik Amal. Kami beralih ke tempat lain, pelawat yang lain terus mengekori kami, sehinggalah kami beralih ke tingkat atas. Pada ketika itu kumpulan kami telah berpecah akibat diterjah oleh pelawat lain. Akhirnya Cik Amal memberitahu mereka, bahawa tugasnya hanyalah membawa kami berempat, dan pelawat lain pun mula faham kerana pada awalnya mereka menyangka Cik Amal petugas muzium! Seterusnya, dapatlah kami bergerak dalam kumpulan kami dengan selesa.
Tak apalah Cik Amal.
Kita kongsi info dengan pelawat lain..... ahaks!
Setelah lawatan di tempat pameran kami bergerak ke bahagian bawah untuk membeli cendera kenangan. Tidaklah banyak pilihan untuk dibeli, tetapi cukuplah untuk dijadikan oleh-oleh buat kenangan. Antaranya termasuklah fridge magnet, key chain, pinggan, t-shirt, topi dan lain-lain.
Boleh ambil gambar di ruang bawah muzium.
Dah beli cendera kenangan untuk dibawa pulang!
Masing-masing dengan oleh-oleh pilihan.
Ini sahajalah perkongsian dari Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei.
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan