Pages

Isnin, 27 Ogos 2018

Makan Malam di Restoran Kampungku Malaysia ( Restaurant Malay Muslim Myeongdong Seoul)

Kami berangkat pulang dari Everland dengan seribu rasa suka, gembira, letih dan lapar!
Christine membawa kami untuk makan malam di sebuah restoran Melayu Muslim yang terletak di Myeongdong Namsan-dong 2-ga Imsil Pizza & Chicken 2nd Level, Seoul, Korea.

Kami turun dari bas, dan menapak melalui lorong kecil menuju ke Restoran Kampungku.

 Kami dibawa ke tingkat atas untuk makan malam yang dijadualkan pada pukul 5.30 petang.

Pada hari keempat berada di Seoul, kami singgah di sini sekali lagi tetapi bukan untuk menjamu selera. Kami menumpang solat di surau! Terima kasih buat tuan empunya restoran. Moga perniagaan di rantau orang semakin maju.

 Pemandangan di kawasan sekitar restoran.



Sementara menantikan hidangan yang disajikan, masing-masing mengambil kesempatan menghubungi keluarga menggunakan talian internet percuma di sini, sambil menikmati lagu-lagu irama Melayu.



 Abadikan kenangan sebelum menjamu selera.
Sumber: Nazatul.






 Sempat bergambar kenangan bersama tour guide kami, Christine Lee.


Di setiap restoran yang kami kunjungi, tisu, sudu dan garfu tersimpan kemas di dalam laci di tepi meja.

 Antara hidangan yang disajikan.

Selain lauk ayam, ada juga ulam timun dan sambal belacan.

Selesai makan, kami segera menuju ke arah jalan raya. Tidak lama lagi, bas kami akan sampai dan kami akan segera ke lokasi lain pula.


 Gambar yang sempat Amie tangkap ketika menapak ke jalan besar dari Restoran Kampungku.



 Berhenti seketika di sini untuk membeli susu pisang @ banana uyu.

Kami menunggu bas di kawasan ini, dan kemudian kami dibawa untuk memakai pakaian tradisional Korea iaitu hanbok dan kemudian melawat Namsan Seoul Tower (남산서울타워) di 105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul 서울특별시 용산구 남산공원길 105 (용산동2가)


Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:


3 ulasan:

  1. wah nampak menyelerakan ja masakannya. Ni mesti dah rindu masakan malaysia setelah asyik layan kimchi je.

    BalasPadam
  2. Notie,
    mungkin yang lain rindu, saya tak hahahaaa...

    BalasPadam
  3. Can I know how you guys contact the tourist guide?

    BalasPadam