Pages

Isnin, 27 Ogos 2018

Everland (에버랜드) (Bahagian 2)

Annyeong haseyo 안녕 하세요?
Jom sambung cerita jelajah Everland.
Walaupun panas terik, tapi kami redah juga setakat mana yang mampu. Memang kami tidak dapat masuk ke semua tempat, tapi sekurang-kurangnya dapat melihat sendiri selain Zoo Topia. Kami sempat ke kawasan European Adventure, Magic Land, American Adventure, dan sekitar Global Fair. Ketika menulis entri ini barulah Amie teringat ada satu tempat di Everland yang Amie pernah dengar dan ingin masuk, tetapi terlepas pandang!
Adeeehhhh!
Tempat itu ialah Four Season Garden!
Itulah yang dikatakan, rezeki depan mata belum tentu menjadi milik kita...hiks!
Nampaknya, memang kena datang semula ke Everland sekiranya ada kesempatan. In shaa Allah. 

Kredit : Nazatul Atiqah

 Suasana di hadapan pintu keluar Amazon Express.





 Burung pelbagai warna riang berkicau di dahan.


Sempat masuk ke Shooting Ghost bersama Daya. Entah berapa puluh ekor hantu kami tembak di dalam tu!

Keluar dari rumah hantu masuk pula ke Rotating House.
Opppsss!
Rasanya masuk Rotating House dahulu, kemudian masuk rumah hantu!

 Masuk juga ke Rotating House.



Rasa juga berada dalam bilik gelap, dengan muzik latar yang mampu menaikkan bulu roma, dan mata bercahaya setiap gambar yang terpampang di dinding. 


Selain tempat-tempat di atas, kami sempat memasuki ruangan VR Adventure yang membuatkan jantung hampir tercabut! Memang macam rusa masuk kampung, dan sedar diri sudah ketinggalan dengan teknologi moden...hiks! A space where once can virtually experience the attraction with Gear VR dan 4D chair! 
Wakakaaa... mari ketawakan diri sendiri!

Dan ini lagi satu!
Benda yang Amie nak jauhi sangat-sangat!
Kesian Dayah. Dayah nak naik T Express, tapi Amie tak mahu. Amie kata kalau Dayah nak cuba, Amie boleh tunggu, tapi Dayah pula tak mahu naik kalau Amie tak ikut sama! Teringat pengalaman rasa nak mati naik roller coaster di Legoland, Johor Bahru tahun 2013! Dari kejauhan kami hanya mendengar teriakan  mereka yang menaiki roller coaster ini. Hadoooiii.... jatuh perut!


Akhirnya kami memilih untuk travel from European Adventure to American Adventure dengan menaiki sky way. 


Antara pemandangan dalam dunia Everland yang boleh dilihat dalam perjalanan dari Eropah ke Amerika....kahkahkahhh!


Ada jurufoto menyambut ketibaan kami di Amerika!
Kami beli dua keping gambar seperti di atas dengan harga 17,000 won atau RM67.15 sen.

Terima kasih buat anak dara Kak Rafeah yang sudi tangkap gambar kami dari bawah sanun!

 Sampai ke Amerika, kami hanya tengok-tengok saja. Sebenarnya kalau Dayah teringin nak naik Rolling X-Train memang boleh saja, tapi Amie malas nak naik turun, dan terpaksa menunggu berbaris panjang. Memang banyak masa terbuang di kebanyakan tempat disebabkan terpaksa menunggu dalam barisan seperti di Safari World dan di Amazon Express.

 Tengok saja Sky Cruise ulang alik dari American Adventure ke European Adventure.

Sebelum tinggalkan American Adventure, pandang-pandang saja pintu pagar di sini.
Lets Twist : Exhilarating thrill of a rotating chair.


 
 Surau pun ada di sini.
Tak silap Amie surau terletak di kawasan European Adventure berhampiran dengan barisan rumah hantu dan rotating house.

 Teruskan perjalanan menyaksikan apa yang ada.

 Kami berlegar-legar semula di kawasan Zoo Topia.

 Kami menyaksikan persembahan burung-burung, dan memang sangat menarik dengan aksi pelbagai jenis burung yang cantik-cantik!

 Tak lupa, melawat segala jenis monyet dan orang utan.












Terakhir sekali sebelum meninggalkan Everland, kami sempat menyaksikan persembahan singa laut.


 Sebelum pukul 4 petang, kami bertemu semula di sini.

Berakhirlah cerita di Everland!

 Semuanya nampak ceria belaka!
Kibuni choayo 기분이 좋아요



Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:



2 ulasan:

  1. 4 season tu kalau musim bunga memang cantik. Dulu pergi time winter tak berapa sangat. Sekali tenguk ada orang pergi musim bunga whoaaa cantik sangat deko dia.

    BalasPadam
  2. Notie,
    musim bunga memang semua nampak cantik berseri.

    BalasPadam