Alhamdulillah.
Telah selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang.
Telah berehat secukupnya.
Telah bersedia untuk menulis catatan perjalanan sepanjang trip ke Korea 19-23 Ogos 2018.
Annyeonghaseyo (안녕하세요)
Selama ini hanya dengar nama Korea.
Terutama Korea Utara!
Bukannya Korea Selatan!
Dan sebenarnya, Korea tidak terdapat dalam senarai kunjungan untuk tempoh terdekat!
Namun, jodoh pertemuan itu rupanya di luar perancangan kita.
Dan, takdir telah membawa Amie ke negara kimchi ini pada penghujung musim panas. Biasanya, seseorang akan memilih musim seperti spring, autumn atau winter untuk ke sini. Namun, musim-musim tersebut tidak memihak kepada Amie. Jadi, kalau bukan pada summer ini, entah bila lagi Amie ada kesempatan untuk ke negara K-Pop ini!
Terima kasih Dayah.
Sudi menjadi teman jalan-jalan kali ini.
Amie terbang dari Tawau ke Kuala Lumpur menaiki pesawat MAS seawal jam 11.00 pagi pada hari Sabtu, 18 Ogos 2018. Sehari sebelum itu, 17 Ogos 2018 Encik Suami dan anak-anak turut serta menghantar Amie dari Lahad Datu dan kami bermalam di Tawau. Terima kasih beribu-ribu kasih buat Encik Suami dan anak-anak kerana memahami 'kaki' mommy ini...hiks!
Dayah akan tiba di KLIA2 pada jam 7 malam. Perjalanannya dari Ipoh mengambil masa beberapa jam. Amie tiba di KLIA lebih awal, sekitar pukul 1.45 tengahari, dan terus menaiki KLIA Transit ke KLIA2 menyeret beg pakaian seberat 13 kg. Sementara menunggu Dayah, duduklah seorang diri di surau, dan bila rasa lapar Amie mencari tempat makan. Kali ini Amie singgah di SANTAI YAMCHA.
Duduk seorang diri, menunggu pesanan Loh Han Guo with Longan.
Kemudian disusuli dengan Fried Seafood Spring Roll.
Dan terakhir, sampailah Steamed Loh Mei Gan yang sungguh enak!
Teringin nak pesan lagi, tapi bila mengenangkan diperbuat daripada beras pulut...cukuplah! Bukan apa... Amie pantang makan pulut lebih sikit, nanti naik angin ke kepala! Dahlah nak jalan jauh. Memang terasa sedap Steamed Loh Mei Gai ini, wangi jew bau beras pulut dikukus dengan kepingan daging ayam dan cendawan dengan sos kicap.
Kemudian Amie berehat di surau sementara menunggu waktu Maghrib.
Ketika ini, Dayah sudah turun dari bas.
Malam itu, kami meronda lagi dan memilih menu masing-masing untuk alas perut.
Pukul 4 pagi kami berkumpul di Aras 3 berhadapan dengan Bibik Heritage untuk check in. Di situlah kami berkumpul dan Airport Conductor kami ialah Encik Redhuan. Alhamdulillah, semua peserta trip telah berkumpul dan kami terus daftar masuk untuk pelepasan. Selain Encik Redhuan, turut sama ialah Cik Nazatul Atiqah, tour leader yang akan bersama kami sepanjang perjalanan ke Seoul nanti. Kami dijangka terbang pada pukul 8 pagi, dan jangka masa penerbangan dijadualkan selama 6 jam 20 minit dengan menaiki Air Asia X.
Tidak ada skrin untuk sebarang tontonan hiburan di dalam pesawat. Jadi, untuk membuang masa sementara mata akan kembali mengantuk, Amie pun belek-belek majalah yang disediakan dan ambil gambar mana yang berkenan.
Biasanya untuk perjalanan udara, Amie tidak gemar mengisi perut pada awal pagi. Cukuplah sekadar membawa gula-gula, atau biskut kering serta air mineral. Oleh sebab sudah faham sangat dengan 'ragam perut' kalau terbang, Amie tidak menempah sebarang makanan. Jadi, sepanjang perjalanan selama 6 jam 20 minit itu Amie 'puasakan' perut.
Hurrrmmm.... silap tulis tarikh rupanya!
Watermark tu... tertulis September pulak! Sepatutnya 19-23 Ogos '18.
Tertarik pula dengan deko Chicken Lasagna ini.
Tidak lama kemudian isi perut pesawat menyepikan diri. Kiri kanan hanya kelihatan kepala sedang tersengguk-sengguk. Amie pun turut ambil bahagian....hiks!
Alhamdulillah.
Pesawat mendarat dengan selamat pada pukul 3.30 petang waktu tempatan. Di negara kita ketika itu baru pukul 2.30. Korea awal satu jam.
한국에 오신 것을 환영합니다
Selamat Datang.... aduhai ada bendera Malaysia pada paparan di pintu masuk Incheon Airport.
Rasa terharu!
Rasa sangat dialu-alukan!
Kemudian kami menaiki train untuk menuju ke pintu keluar lapangan terbang.
Bersama rakan baru, Kak Rafeah yang ditemui sewaktu sama-sama menunggu waktu untuk solat Subuh di surau KLIA2.
Bersama para peserta Trip Seoul 19-23 Ogos 2018.
Sumber : Group Whatsaap
Maka bermulalah kembara kami bersama ARBA TRAVEL selama 5 hari 4 malam di bumi kimchi ini. Tiga insan yang merealisasikan kembara kami berjalan lancar termasuklah Cik Nazatul Atiqah, tour leader kami dalam gambar di atas, dan
Christine Lee selaku tour guide kami, serta
Gambar : Group Whatsaap
Rombongan kami seramai 37 orang.
Terima kasih sudi baca travelogue Amie kali ini.
Jumpa lagi dalam catatan berikutnya.
Kamsahamnida (감사합니다)
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
wah jelesnya pi korea...huhuhu rindu nak pi korea lagi
BalasPadam