Pages

Ahad, 26 Ogos 2018

Sage Cafe + Kitchen

Abang (Aznan - anak buah sebelah Encik Suami) selalu berpesan kepada kami dan saudara-mara yang lain:
Kalau ke Tawau jangan lupa bagi tahu Abang (Aznan).
Banyak kali kami ke Tawau, dan kali ini baru berkesempatan bersama keluarga Abang Aznan. Ketika Fuad menelefon  Abang Aznan memberitahu kehadiran kami ke Tawau, Abang Aznan bertanya, kami nak makan di mana?
Kata Encik Suami, ikut suka Abang Aznanlah nak bawa kami makan di mana. Jadi, malam itu (Jumaat malam Sabtu 17 Ogos 2018), kami berjanji untuk makan malam bersama di Sage Cafe + Kitchen. Kami menginap di King Park, dan untuk menuju ke restoran tersebut kami meminta bantuan GPS. Pukul 7.20 malam kami tiba di lokasi, yang terletak di Kubota Sentral, Jalan Chong Thien Vun, Tawau. Huurrmmm... rupanya Sage Cafe + Kitchen terletak berhadapan dengan Bank Muamalat (tempat Fuad membuka akaun pada sebelah petang tadi) dan Maybank. 

Sementara menunggu pesanan tiba, kami mencicipi Nachos, hidangan dari utara Mexico berupa kepingan tortilla yang disaluti dengan keju cair.

Nampaknya anak-anak sangat suka makan Pepperoni Pizza, sehingga Abang Aznan membuat sekali lagi pesanan. Jadi, si comel-comel anak-anak Abang Aznan dan Firdaus kenyang makan Pepperoni Pizza.

Cucu-cucu kami...heheheee Amie sudah berpangkat nenek! Yunita, Ezkandar dan yang nun terlindung oleh gelas, Mysarah.

 Abang Aznan memang telah menempah ruangan khas untuk kami.


Sementara kami makan, anak-anak yang sudah kenyang boleh bermain di persekitaran, tanpa rasa bimbang mereka akan terlepas dari pandangan.


Memang sesuailah Abang Aznan cadangkan kami minum air di atas, sebab selepas makan western food tidak ada rasa muak.



 Tom Yam Seafood pun ada.


 Spring Roll kegemaran Firdaus!



 Nampak berselera sungguh Encik Suami menikmati western food di sini.

Abang Aznan yang cadangkan Encik Suami untuk mencuba tiga jenis bahan yang dipanggang, termasuk lamb, daging lembu dan ayam. Encik Suami memilih sos cendawan.

Fairuz juga memilih menu yang sama seperti Encik Suami.

Lamb Black Pepper Teppan, pilihan Fuad.

 Sotong goreng sos mayonis.

 Hohoooo.... Tak ingat nasi apa, dengan udang besar bertenggek atasnya!

 Ini pesanan Amie. Sekeping daging lembu panggang bersos lada hitam,  dengan 2 ekor udang. 

Alhamdulillah, rezeki Allah. 

Terima kasih buat Abang Aznan sekeluarga. 
Mudah-mudahan rezeki Abang Aznan sentiasa bertambah, dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Katanya, dia gembira dapat menjamu selera kami di sini. 
Nampaknya, tidak cukup setakat itu kerana pada tengahmalam Fairuz dan Fuad dibawanya lagi makan-makan di bandar Tawau. Keesokan paginya, sekali lagi Abang Aznan menjamu kami dengan sarapan mee tauhu dan nasi kuning di restoran berhampiran Jalan Kubota.

1 ulasan:

  1. Nampak udang besor besor fuh sungguh menyelerakan. Tapi tertarik tenguk nasi tengek ketam atasnya. Unik. Air apa yang buat makan western rasa tak muak. Macam-macam dalam isinya.

    BalasPadam