Pages

Khamis, 30 Ogos 2018

Incheon Airport - KLIA2 - KLIA - Tawau -Lahad Datu

23 Ogos 2018.
Incheon Airport.
Terima kasih buat Christine yang sempat menghantar kami di lapangan terbang, yang memberikan khidmat cemerlang sepanjang percutian kami.
Terima kasih pada segalanya buat Nazatul yang masih bersama kami sehingga selamat tiba di KLIA2, yang sentiasa ceria, yang sentiasa membantu kami, yang sentiasa mengambil berat segala masalah kami dan menjadikan percutian kami penuh gelak ketawa sepanjang masa! Ini merupakan kali pertama Amie bergerak dalam kumpulan yang begitu ramai, tetapi pengurusannya sangat lancar!
Alhamdulillah, berkat doa sebelum dan sesudah berangkat ke destinasi, segalanya berjalan dengan lancar. Syukur kepada Allah kerana kami diberi peluang melihat muka bumi-Mu yang teramat luas dan mengambil iktibar dari pengalaman sepanjang perjalanan.
Buat semua rakan peserta trip Korea Selatan 19-23 Ogos 2018, selamat bersilaturahim, terima kasih dan maaf andai ada perkara atau perkataan yang menyinggung sepanjang kita bersama. Selesai menunaikan solat di musolla, kami mula bergerak menuju ke pintu 123 untuk menaiki train.



 Terpegun seketika mendengar tiupan seruling gadis Korea.

Yang nak habiskan won danberminat dengan banana uyu bolehlah singgah di sini. Selepas ini tak ada pemeriksaan lagi (imigresen), dan selamat kalau nak bawa cecair (susu pisang) masuk kapal terbang heheheeee!

Terima kasih sekali lagi buat Dayah, teman berjalan dan teman sebilik, teman suka dan duka sepanjang bermusafir di bumi Korea.

Dalam perjalanan ke pintu 123, terpandang Korea Traditional Cultural Experience Center. Sesiapa yang tidak berkesempatan memakai hanbok, bolehlah berbuat demikian di sini. Percuma!

 Air Asia X yang dinanti akhirnya tiba jua! 
Perjalanan udara perlu ditempuhi selama 6 jam 20 minit.
Memandangkan perut tidak meragam sepanjang berada di Korea, maka Amie beranikan diri membeli nasi lemak di dalam kapal terbang.

Ni kes tak ada kerja lain nak dibuat. Ambil gambar nasi lemak sebenar, dan bandingkan dengan gambar .

Sama saja kan?
Lepas makan, tertidur seketika.
Bila terjaga, rupanya kapal terbang sedang hendak mendarat.
Beitu begini, lewat pukul 11 malam barulah Amie dapat menaiki KLIA Transit dari KLIA2 dan menjejak kaki ke KLIA pada pukul 11.47 malam. 

7.25 minit pagi terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau.

 Dan bertemu si jantung-jantung hati!
Kami tidak terus balik ke Lahad Datu, sebaliknya menuju ke Semporna, bermalam di sana.

 Wajah-wajah yang dirindui!

Petang 25 Ogos 2018, bersamaan hari Sabtu, selamat sampai ke LD
In shaa Allah, ada rezeki dan umur panjang, serta waktu yang bersesuaian akan bercuti lagi bersama ARBA TRAVEL & TOURS.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:








3 ulasan:

  1. nasi lemak airasia tu sedap kan kak :D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Mesti balik teringat-ingat kan mengenangkan keseronokan berjalan dengan kawan yang sporting dan meriah semuanya. Travelling jadi seronok bila semuanya seronok.

    BalasPadam
  3. Ann,
    ye betul tu.

    Notie,
    betul sangat tu, kawan pun memainkan peranan sama.

    BalasPadam