Pages

Jumaat, 7 September 2018

Sambal Meraung Pekasam Daging Merecik

Teman sekerja dapat bungkusan dari Malaya. Disusunnya di atas meja beberapa bungkusan kecil. Katanya, ada bungkusan Sambal Meraung dan bungkusan Daging Pekasam Merecik biasa, dan Pekasam Daging Merecik black pepper. Bungkusannya pun kecil saja. Entah kenapa namanya sambal meraung, agaknya terlalu pedas kot, dan kalau makan sambal itu sampai meraung-raung kepedasan ke!
Setiap satu bungkus berharga RM19, tak tahulah harga di Malaya.
Memandangkan dapur kita pun dah lebih seminggu tak berapa nak berasap, kita pun nak cuba jugalah merasa apa itu sambal sampai meraung dan juga daging pekasam merecik!

Jom kita lihat sambal dan pekasam daging keluaran Aquada ini.

 Sambal Meraung, seberat 150 gram.

 Amie pilih Pekasam Daging Merecik biasa, 200 gram.

Alhamdulillah, ada bahan-bahan yang Amie perlukan untuk menyediakan masakan pekasam daging. Amie gunakan 5 batang kacang panjang, dua abu bawang besar, 4 tangkai cili merah dan limau kasturi itu untuk perah atas pekasam kalau nak rasa lebih masam. Cadangnya Amie nak tambahkan Sambal Meraung dalam masakan pekasam daging itu nanti.

Jom kita lihat isi kandungan Pekasam Daging Merecik dalam bungkusan seberat 200 gram itu. Inilah rupa pekasam daging itu. Tak ada bau yang tak menyenangkan, melainkan aroma yang mengundang selera...ahaks!
Ketika nasi sedang ditanak, maka kerja-kerja mudah untuk menyiapkan masakan pekasam daging ini pun mula berjalan dengan lancarnya.

 Kupas bawang beras dan hiris kasar. Cili merah itu pun hiris juga.

 Potong kacang panjang, nak patahkan dengan tangan pun lagi bagus!

 Inilah rupa Sambal Meraung, 150 gram itu!
Memang pedaslah!
Amie cadang nak gunakan 2 sudu besar, tambah dalam masakan pekasam daging!

 Jom, mula masak.

Opppss!
Pesanan di luar bungkusan : Potong kecil daging pekasam tu dulu!
Wokey!
Tuang minyak secukupnya ke dalam kuali. Amie gunakan dalam 1/2 cawan. Goreng kesemua daging pekasam yang sudah dipotong tadi.Goreng hingga masak, tapi tidaklah terlalu lama sehingga garing rentong! Kemudian Amie tambahkan 2 sudu besar Sambal Meraung, gaul hingga rata. Dan akhir sekali Amie masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili merah sekali harung!
Gauil rata, hinggalah kesemua kacang panjang, cili merah dan bawang besar nampak layu.
Tak perlu bubuh apa-apa lagi dah!
Padamkan api dapur, dan kaut masuk mangkuk.
Sambal Meraung Pekasam Daging Merecik sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas!

Tak ada dah lauk lain selain Sambal Meraung Pekasam Dagung Merecik. Alhamdulillah, rasanya tidak mengecewakan. Beras pekasam itu....rasanya macam serunding pulak bila digaul dengan nasi panas!

1 ulasan: