Pages

Selasa, 4 April 2023

Al-Aroz : Family Mandhi Set

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih terkenang-kenang ketika bercuti di Kota Kinabalu. Sekiranya Fairuz ada kelapangan, kami akan makan bersama samada di rumah atau di luar. Kali ini kami makan malam di tempat kegemaran iaitu di Restoran Mashawi Tanjung Aru. Sejak berkenalan rapat dengan Restoran Mashawi, ada satu menu yang wajib kami makan di sini iaitu Turkish Pide Pizza. Biasanya Amie minta topping campuran daging dan kambing.

Hidangan Makan Malam di Restoran Mashawi

Malam itu kami datang berlima, dan kami memesan Family Mandhi Set. Terkejutlah kami melihat betapa banyaknya nasi dan lauk yang dihidangkan. Pelanggan boleh pilih untuk hidangan nasi bersama beef / lamb stew atau kebab:
  • Mandhi Rice
  • 2 bowls of  Lamb / Beef Stew or 4 sticks of Lamb / Beef Keftas
  • Half Chicken or 6 sticks of Chicken Kebabs
  • Salad
  • Housemade dipping sauce
Kami memilih lamb stew dan half chicken. Tapi di hati sudah memasang hasrat untuk bawa pulang kebab!

Banyak kali jugalah kami singgah makan di Restoran Mashawi. Selain hidangannya sedap, layanannya juga mesra dan pantas. Itu yang selalu terbayang makan di sini kalau kami datang ke Kota Kinabalu. Kalau sudah berulang datang, sudah tentulah banyak menu yang sudah kami cuba. Dan di bawah ini, Amie kongsikan kenangan makan-makan di sini.


Sumber : Mashawi









Mudah-mudahan ada rezeki untuk berkunjung lagi ke Restoran Mashawi.

Family Half : RM75.00


Ayam panggang separuh ekor, diletak di empat penjuru nasi. 

Lamb Stew.

Teh Arab... maaf ada kesan lipstik hihihii.


Walaupun ada Family Mandhi Set, tapi Firdaus hendak makan makanan kegemarannya juga! 

Kali ini Firdaus hendak makan Chicken Wrap Set, sebab ada kentang goreng!

Menu wajib : Turkish Pide Pizza.


Seperti dijangka, memang tak dapat habiskan nasi. Kami minta bungkus. Fairuz hendak tambah seekor ayam panggang tetapi waktu itu hanya ada 1/4 ayam sahaja. Jadi, kami tambah kebab ayam dan kebab kambing!


Sampai di rumah, kami meratah ayam panggang dan kebab!


Ada baki Turkish Pide Pizza. Eh, sedap pula sambung makan di rumah!

8 ulasan:

  1. Nampak sungguh menyelerakan tu hidangan timur tengah restoran tu ya kak amie..macam-macam ada.

    BalasPadam
  2. waduh semuanya nampak sungguh sedap. Banyak jenis ni untuk di cuba, Kat semenanjung ada ke kedai dia,

    BalasPadam
  3. sedap2 tu...cantik hidangan pinggan tu..menarik nmpk Turkish Pide Pizza.

    BalasPadam
  4. Middle East Cuisine ni kalau dapat yang sedap memang akan teringat- teringat kan Kak Amie

    BalasPadam
  5. Wahhhhh.. besar hidangan tu nampak meriah sangat, Kak Amie. Sy tak pernah cuba lagi makan pizza macam ni setiap kali ke Restoran Arab. Kalau pizza biasa tu pernah juga. Nnti lain kali boleh cuba tengok ada tak menu Turkish Pide Pizza ni.

    BalasPadam
  6. Daus & kentang goreng berpisah tiada walaupun ada nasi mandy sedapšŸ¤­
    Saya suka teh Arab

    BalasPadam
  7. dah petang2 ni tengok nasi arab kak amie keroncong perut..hehe

    BalasPadam
  8. Memang banyak nasinya tu kak Amie. Makan ramai ramai pun masih ada bakinya lagi. Firdaus dengan kentang goreng berpisah tiada. Yang makanan selebihnya tu memang tak laratlah nak makan kat situ kan. Kena bersambung makan kat rumah.

    BalasPadam