Pages

Isnin, 3 April 2023

Ikan Selar @ Salai-Salai Masak Tempoyak

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di hari ke-12 Ramadan. 
Hari ini Amie masak tempoyak ikan selar @ salai-salai. Teringin pula berbuka puasa makan nasi kuah banjir tempoyak! Kuah tempoyaknya pula tak mahu yang pekat. Biar cair sahaja. Apalagi kalau kuah panas tuang atas nasi putih yang juga masih panas! Musim hujan dan suhu dingin begini memang sesuai sangat hirup kuah tempoyak. Aduhai....sedapnya!

Ikan Selar Masak Tempoyak

Biasanya ada ikan tertentu yang sesuai masak dengan tempoyak, tapi kita hanya ada ikan selar @ salai-salai sahaja. Yang penting kuah tempoyak yang diidam-idamkan itu! Jom kita mulakan kerja masak di dapur.

Tiga ekor ikan selara @ salai-salai dikerat dua.


Resipi Ikan Selar @ Salai-Salai Masak Tempoyak
Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan selar - bersihkan - kerat 2
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 7 tangkai daun kesum
  • 1 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 3 cm kunyit hidup
  • 1 keping asam gelugur
  • 1/2 batang timun - belah 2 - potong ikut saiz yang disukai
  • 750 ml air - kalau hendak kuah pekat kurangkan kuantiti air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Tumbuk dalam lesung cili merah, cili padi, kunyit hidup dan tempoyak.
  2. Masukkan air ke dalam periuk bersama bahan tumbuk.
  3. Kemudian masukkan timun. Masak sehingga mendidih.
  4. Seterusnya masukkan ikan bersama asam keping dan daun kesum.
  5. Biarkan kuah mendidih sekali lagi dan ikan masak.
  6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Encik Suami sempat menyelinap ke bazar beli kuih tako dan laksa.

Murtabak jawa kegemaran Firdaus.

Air Kelapa + Sirap Rose + Selasih

Ikan Selar Masak Tempoyak

Alhamdulillah, dapat makan nasi dengan Ikan Selar Masak Tempoyak. Ada bakinya lagi, boleh panaskan semula buat lauk bersahur esok pagi.


7 ulasan:

  1. Ada nama lain rupanya ikan selar tu...
    Sedapnya nampak air kelapa tu, mujur dah berbuka hikhik...

    BalasPadam
  2. Kat tempat saya...ikan selar dipanggil " Ikan Pelata"

    BalasPadam
  3. Ikan selar kalau kat rumah SA laku goreng berlada je...boleh la cuba masak tempoyak plak...mesti sedap kan...

    BalasPadam
  4. Kalau lauk macam ni sy suka banjir dan makan guna sudu, hihi.

    BalasPadam
  5. Sedapnya masak tempoyak. Teringin nak masak, tapi anak-anak tak makan.

    BalasPadam
  6. ooo ikan salai-salai tu ikan selar,menggodanya air sirap kelapa selasih kak amie

    BalasPadam
  7. Ikan selar ni olahkan pelbagai resipi sedap jugak kan. Curah kuah panas panas atas nasi..aduhaiii..kecur pulak. Terpaling tak tahan air kelapa selasih tu ha..

    BalasPadam