Bismillahirrahmanirrahim.
Pada mulanya, kami hendak pulang ke LD, tetapi Fairuz mohon supaya jangan balik dulu. Jadinya, pada malam Nisfu Sya'ban 07 Mac 2023, kami cadang buat bacaan Yasin di kondo. Kononnya juga akan masak sedikit makanan untuk dijamah bersama. Apabila Abang Aznan dengar, katanya eloklah semua yang ada berkumpul di rumahnya. Boleh masak sama-sama.
|
Juadah Makan Malam sempena Nisfu Sya'ban. |
|
Faiz mengalami kecederaan lutut yang serius sewaktu menyertai SUKMA tahun lepas. In syaa Allah, pada hari Jumaat 07 April 2023 Faiz akan dibawa pulang ke LD. Selepas menjalani pembedahan lutut, Faiz berehat di kediaman Fairuz dan Haziq. |
|
Ayam Masak Merah |
Kami hendak masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar. Amie beritahu Abang Aznan, lauk-pauk biarlah masak di kondo sahaja. Nanti masak nasi tomato di rumah Abang Aznan sebab kami tidak ada periuk pengukus. Rice cooker pun kecil saja.
|
Dalca ceker dan leher ayam. |
|
Acar Kampung Bukit Hijau : Bubuh udang kering. |
|
Firdaus bantu kupas limau mandarin dan susun anggur serta hirisan tembikai. |
|
Ibu Haziq sempat buat acar peria dengan mangga muda. |
|
Sayap ayam ini ibu Haziq goreng di rumah Abang Aznan sebab tak sempat goreng di kondo. Sedap makan apabila semua lauk masih panas.
|
|
Azwa bersama Acik dan Nasir dari Tuaran, bawa pengat pisang. Aduhai...sedapnya! |
|
Amie masak nasi tomato di dapur Abang Aznan dengan menggunakan periuk kukusan. Alhamdulillah. Nasi tomato menjadi dengan jayanya! |
|
Ayam Masak Merah dipindahkan dari periuk ke dalam bekas lauk. |
|
Dalca yang sangat sedap! Puji diri sendiri... tapi memang semua kata sedap...ahaks! |
|
Deretan lauk-pauk yang akan dinikmati bersama nasi tomato. Nasi biasa pun ada. Mana tahu ada yang tak pandai makan nasi tomato. |
Abang Aznan goreng udang salut tepung. Selepas selesai majlis bacaan Yasin, barulah Abang Aznan goreng. Katanya hendak hidangkan panas. Oleh kerana masing-masing sudah tidak sabar untuk makan, jadi tak sempatlah dihidangkan semua sebab belum selesai menggoreng. Kiranya sambil makan sambil menggorenglah di dapur.
|
Udang Goreng Salut Tepung. |
|
Selamat menjamu selera! |
Ketika masing-masing sedang menikmati hidangan, Abang Aznan masih bersama udang goreng salut tepungnya di dapur. Kuali di sebelah, berisi sayap ayam goreng!
|
Jajanan |
Tradisi masyarakat Cocos, sekiranya ada majlis seperti doa selamat, bacaan Yasin atau bertahlil mereka akan menyediakan jajan untuk disedekahkan kepada para tetamu. Selepas bacaan Yasin sebanyak tiga kali, dan diakhiri dengan doa Malam Nisfu Sya'ban, semuanya mendapat jajan. Masing-masing boleh mengambil jajan yang disukai. Jajan-jajan ini disumbangkan oleh Abang Aznan.
|
Semua perempuan yang hadir pada malam itu dapat sehelai kain sarung pemberian Ery, isteri Abang Aznan. |
Alhamdulillah hidangan menggiurkan selera sempena nisfu Syaaban
BalasPadamRezeki yang dikongsi bersama Kak PI.
PadamMasyaa Allah.....limpahan rezeki..
BalasPadamSeronoknya menikmati sambil mensyukuri..
Cantik betul nasi tomato kukus tu..Nanti lapang-lapang share la resipi dan tips nya yer Cikgu..
Saya setiap tahun kalau raya masak nasi tomato..Tapi nasi tomato cikgu lagi menarik..Nak juga saya jadikan panduan
In syaa Allah Mama Cella.
PadamNasi tomato sebenarnya sedap, tak muak makan berkali-kali.
Alhamdulillah dapat berkumpul ramai2 dgn sanak-saudara sambil menikmati juadah yg menyelerakan.
BalasPadamRezeki dapat berkumpul di malam yang mulia.
PadamRasa macam nak apply semula jadi adik angkat Abang Aznan.
BalasPadamBoleh isi borang ye SK. Nanti kita kirim kat mambang hahahha.
Padamwaduh banyak-banyak lauk nampak dalca ceker ayam je....alahaiiiii ceker ayam peberet tu. Seronok kan ada jajan. Ambil sepiring bawak lari...hehehe
BalasPadamTak puas makan dalca malam tu Notie. Kena buat lagi ni.
PadamOoo ya, cara ambil jajan tu, ambil sedikit-sedikit dari setiap piring yang tak sama, masukkan dalam plastik yang disediakan tuan rumah.
Abang Aznan kalau makan makan mesti ajak kerumahnya. Orang pemurah dilimpahi rezeki. Tengok macam-macam menu waktu berpuasa ni menduga keimanan betul.
BalasPadamItulah sifat Abang Aznan, sentiasa ingat saudara-mara.
PadamMudah-mudahan terus melimpah ruah rezekinya sekeluarga.
Abang Aznan ni sangat pemurah, kerap menjamu tetamu. Patutlah rezekinya sentiasa bertambah!
BalasPadam