Pages

Jumaat, 12 Ogos 2022

Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang

Bismillahirrahmanirrahim.
Teringin sangat nak makan sambal tempoyak dengan petai, bubuh sekali terung pipit serta ikan bilis. Oleh kerana tidak ada ikan bilis, kita gantikan dengan udang basah. Cilinya pula, tidak ada cili padi warna hijau. Jadi gunakan saja cili padi merah yang ada, dengan tambahan cili besar. Jadi, warnanya pun tidaklah semeriah kebiasaan tetapi rasanya tetap lazat! Kunyit hidup pula tidak ada, tapi daun kunyit ada! Eh, sebenarnya malas nak korek kunyit hidup yang ditanam dalam pasu. Jadi, gunakan saja serbuk kunyit. 

Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang

Bahan-bahan:
  • 4 sudu besar tempoyak
  • 1 cawan isi petai - jika mata petai besar, bolehlah hiris dua
  • 1 cawan terung pipit - digoreng hingga layu
  • 1 cawan isi udang segar
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • 3 tangkai cili besar hijau - hiris
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:

  • 2 sudu besar udang kering
  • 15 tangkai cili padi (sebaiknya gunakan yang warna hijau)
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (sebaiknya gunakan kunyit hidup)

Sambal Tempoyak Petai Sama Terung Pipit dan Udang

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan udang, petai dan juga terung pipit serta tempoyak.
  3. Gaul rata dan kemudian masukkan bawang besar, hirisan cili hijau dan daun kunyit.
  4. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  5. Kacau beberapa kali dan kemudian padamkan api dapur.

Sambal tempoyak dari entri sebelumnya:

SAMBAL TEMPOYAK TERUNG PIPIT SAMA UDANG & PETAI

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS DENGAN PETAI & TERUNG PIPIT

15 ulasan:

  1. Eh, sini pun ada udang. Tapi nampaknya lauk udang Kak Amie lagi meriah sebab ada petai dan terung pipit 😍😍😍

    BalasPadam
  2. Walaupun byk bahan yang diganti, tapi tetap nampak sedap sambal tempoyak petai tu. Yang penting rasa petai hehe. Terung pipit ni dulu ada tumbuh di belakang rumah, byk buahnya tapi kami tak reti makan. Selalu bagi dekat org je hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak jumpa terung pipit di LD. Masak banyak, boleh makan ulang-ulang.

      Padam
  3. dah lamanya tak tgk lauk2 Amie. tengok lah ni. bukak2 je terus jadi lapar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama kita tak berkunjung-kunjungan rupanya.

      Padam
  4. Wah sedap nii . Bertambah nasi kalau dengan menu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu CCL. Tak muat dah perut, tapi selera terus minta tambah hahahaaa.

      Padam
  5. Wak tak makan tempoyak
    Wak tak makan petai
    Wak tak suka terung pipit
    Pilih udangnya aje boleh?

    BalasPadam
  6. Lauk jahat ni...
    Boleh membuatkan periuk nasi bocor( pinjam ayat SK)
    hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaaaa... apa susah periuk nasi bocor, boleh tampal balik.

      Padam
  7. Menarik pula bila sambal tu digabungkan dengan terung pipit.. selalu Sha guna buat masak lemak pucuk ubi tumbuk je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang suka gandingkan dengan terung pipit. Sedap.

      Padam
  8. ini yang buat makan nasi bertambah nanti ni...sedapnya...

    BalasPadam