Pages

Khamis, 11 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (15) : Nasi Goreng Udang Kering


Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi dalam entri Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (15).

Kita nyanyi dulu lagu Nasi Goreng nyanyian Black Dog Bone.

Tukang masak kerjanya enteng
Bangun pagi masak nasi goreng
Campur cili campur udang kering
Bila makan mata naik juling
Memang lazat memang sedap
Kurang masin boleh tambah kicap
Nasi goreng sudahlah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri
Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi number one!


Menggoreng nasi memang kerja sangat mudah terutamanya setelah kita sediakan segala bahan perencah terlebih dahulu sebelum tidur. Kalau bangun pagi baru nak kupas bawang, cari udang kering, cari cili dan sebagainya memang sampai keluar matahari pun tak siap juga...ahaks! Itu yang buat rasa sakit hati nak bawa bekal. Buah-buahan pula bolehlah masukkan di dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Kalau nak nampak warna-warni buah-buahan, susunlah beberapa jenis supaya kelihatan cantik. Bangun pagi, terus keluarkan dari peti sejuk. Sementara kita mandi, solat dan bersiap, kuranglah sejuk buah tadi. Ini cara kitalah, sebab gigi sudah sensitif tak boleh makan yang sejuk-sejuk ...hiks!

Bekal Sarapan Pagi (15)

  • Nasi Goreng Udang Kering
  • Salad : Butterhead + Romaine Lettuce + Telur Rebus + Pitted Black Olive
  • Buah : Anggur Hijau+Merah+Hitam+Limau Mandarin+Rockmelon

Nasi Goreng Udang Kering

Salad & The Gang

Buah : Anggur Hitam+Hijau+Merah+Limau Mandarin + Rockmelon

24 ulasan:

  1. Special bekal hari ni sbb ada lagu nasi goreng sekali hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.... bekerja / makan sambil berhibur.

      Padam
  2. Itulah...siap goreng nasi tu jgn lupa ketuk kuali dgn sudip Kak Amie haha ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa... goreng nasi di pagi hari sambil ketuk kuali, terus terbangun jiran sebelah ye PH.

      Padam
  3. Kita setiap kali goreng nasi, mesti ternyanyi lagu ni, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu Nasi Goreng ni memang ada jiwalah SK.

      Padam
  4. Eh,kita pulak terbayang cikgu menggoreng nasi sambil pasang radio klasik & menari-nari ikut rentak kuali🤭

    BalasPadam
  5. Sedapnyer bento hari ni
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  6. berwarna warni betul lah semuanya.... menggoda sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak mulakan hari kena ceria-ceria selalu Dana, bekal pun kena warna-warni hihihii.

      Padam
  7. Eh! ternyanyi pulak. Variety sangat bekal nih! Terbaik!

    BalasPadam
  8. Belum pernah buat nasi goreng guna udang kering. Ok next time boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap guna udang kering. Aromanya menggoda.

      Padam
  9. Sarapan penting, jangan skip sarapan!

    BalasPadam
  10. ternyanyi tanpa sengaja. betul la tu, kena prepare awal supaya pagi tak kalut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sal. Senang hati bila bangun pagi hanya tinggal masak saja.

      Padam
  11. ternyanyi tanpa sengaja. betul la tu, kena prepare awal supaya pagi tak kalut

    BalasPadam
  12. Mengancam betul idea yang dikongsikan.. huhuhu..

    BalasPadam
  13. Looks yummy kak Amie 😍❤️. Anak2 saya pun kalau bawa bekal ke sekolah, yang semacam simple seperti ini. Buah dan roti + susu, atau nasi goreng 😁. Praktis nak masak

    BalasPadam