Pages

Jumaat, 12 Ogos 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (16) : Macaroni Carbonara Cendawan

Bismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi bersemangat untuk kongsi Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja. Semakin hari semakin seronok menyusun buah-buahan dan menyediakan salad. Apabila menikmati bekalan bersama rakan-rakan, memang tidak ada istilah tidak habis. Alhamdulillah, apa yang dimakan sentiasa disudahi dengan doa dan harapan agar rezeki semakin bertambah dan dapat dikongsi bersama lagi. Bukankah berkongsi itu mengasihi? Dan yang mengasihi akan sanggup berkongsi. Masya Allah.

Bekal sarapan ringkas kali ini ialah Macaroni Carbonara Cendawan, tambah udang dan hirisan buah zaitun jeruk. Saladnya pula tanpa dressing, hanya romaine lettuce, ditambah hirisan telur rebus dan buah delima. Ada saki-baki buah-buahan, jadilah susunan buah anggur merah dan anggur hitam, rockmelon dan buah kiwi.

Bekal Sarapan Pagi (15)

 

  • Macaroni Carbonara Cendawan
  • Salad : Romaine Lettuce + Telur Rebus + Delima
  • Buah : Anggur Merah + Hitam + Rockmelon + Kiwi
Macaroni Carbonara Cendawan

Salad & The Gang


Buah : Anggur Hitam + Merah + Rockmelon + Kiwi

15 ulasan:

  1. Keep it up Kak Amie. Antara post paling sy suka hihi...ambil inspirasi & ceduk Ilmu/idea ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih PH. Rasa lebih bersemangat untuk ke tempat kerja apabila bawa bekalan warna-warni.

      Padam
  2. Sukanya tengok bekal sihat cikgu...Suka tengok dan lagi suka kalau dapat join sekališŸ¤­

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella. Mari join sekali.

      Padam
  3. RAJIN MENYEDIAKAN BEKAL BERKHASIAT SIHAT SELALU INSYAALLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak PI. Mudah-mudahan sama-sama sihat. Amin.

      Padam
  4. Bila sy nak rajin macam Kak Amie ni. Hari2 sanggup bekal roti jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mari SK... sama-sama Mama Cella bawa bekal warna-warni.

      Padam
  5. Bekal yang ohsem.. sha suka bekas yang ada buah tu..

    BalasPadam
  6. Meriah udang dalam carbonara pasta Kak Amie tu :)

    BalasPadam
  7. terliur sungguh dengan bekal buah kak Amie. Rock melon sini jarang-jarang jumpa.

    BalasPadam