Sambung cerita lama.
Suhu di Bangkok ketika itu 34'Celcius.
Panas!
Terik!
Rasa terbakar muka!
Belum sempat beli topi!
Singgah dulu di Voodo Cafe.
Semua menu yang dihidangkan di sini dijamin 100% halal. Pemilik dan kakitangan termasuk chef restoran ini semuanya Muslim. Khabarnya Voodoo Cafe dimiliki oleh Syarikat BIG IDEA, dan tuan punya syarikat banyak membantu kebajikan umat Islam di Thailand. Banyak menu ditawarkan di sini termasuk citarasa ASEAN, Barat dan India.
Cuaca yang sangat panas mengehadkan perjalanan kami. Kami hanya singgah di restoran sahaja, dan tidak sempat meninjau ke tempat lain. Bagi yang berminat untuk mencuba kopi di sini, bolehlah pesan. Oleh kerana perut masih kenyang, kami tidak memesan makanan di sini. Tapi Amie sempat menghabiskan minit terakhir dengan menikmati sepotong kek oreng yang sangat sedap berharga 80BAHT.
Dari tingkap kaca cafe, bolehlah melihat suasana di luar.
Mula-mula rasa pelik juga melihat keadaan di dalam restoran ini.
Bila pandang ke atas, pelbagai macam jenis motosikal ada di situ. Bila pandang di kiri dan kanan, depan dan belakang semuanya nama berbeza. Agaknya di zaman apa, dan negara mana kami berada ketika ini?
Peminat kopi bolehlah mencuba secawan kopi di sini. Kopi disediakan oleh barrista. Barrista bermaksud orang yang biasa menyediakan kopi, dan menghidangkan minuman kopi berasaskan espresso.
Pekerja cafe sedang sibuk menyiapkan pesanan pelanggan.
Di sebelah kanan pintu masuk, di bahagian penjuru dihias dengan biji-bijian kopi dalam karung kecil.
Pada mulanya, memang seakan-akan melihat pemandangan yang nampak serabut, tapi inilah yang dikatakan dekorasi kafe mengikut konsep mewah dan hip!
Bayangkan sambil menikmati secawan kopi, mata tidak berkelip melihat 1001 macam aksesori yang tersusun penuh di dalam sebuah cafe!
Ini peti lagu kot/
Jukebox?
Dalam banyak-banyak dessert, memang inilah yang menjadi perhatian!
Sedap tau! Sangat sedap!
Jom bergambar sekeping dua di luar kafe.
Wokey!
Sekian cerita pendek tentang Voodoo Cafe.
Orang kata kalau jalan-jalan ke Bangkok, tak lengkap kalau tak ke sini.
Jadi, jangan lepaskan peluang teroka Voodoo Cafe.
Kalau sampai waktu tengahari dan petang, jangan lupa bawa topi.
Kebetulannya sewaktu kami sampai, panas lit lit lit!!!!!
Jangan segan-segan cicipi pelbagai desserta yang sedap-sedap. Semuanya harga mampu beli.
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
that place looks super nice. bestnyeeee
BalasPadam