Pages

Jumaat, 17 April 2020

Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)

Entri Amie kali ini dipenuhi dengan gambar khanom krok, sejenis manisan pencuci mulut di negara gajah putih. Mana tahu, ada hati nak cuba buat. Mudah-mudahan dapatlah cari kuali khanom krok ini atau yang sewaktu dengannya.

Banyak kali nampak khanom krok ini di mana-mana pasar atau gerai jualan sama ada di Hatyai atau di Bangkok. Malam itu, sempat jejak kaki ke gerai-gerai jualan di tepi jalan berhampiran hotel. 

 Nampak cantik jew kejadian khanom krok ini.

 Kami perhatikan wanita cantik penjual khanom krok ini membakar kuihnya. 

Wanita tersebut fasih berbahasa Melayu. Katanya, cubalah makan. Tak beli pun tak apa. Kami pun teruslah ambil seorang sebiji. Sedap sangat!

 Khanom krok diperbuat daripada campuran tepung beras dan tepung pulut serta santan. 

Antara bahan yang dijadikan hiasan atau pelengkap khanom krok termasuklah hirisan kecil keladi, labu, daun bawang dan juga jagung.

Dah rasa khnom krok yang sangat sedap ini, kami pun semua beli! Harganya 25BAHT untuk 5 ketul. 


 Mudah-mudahan suatu hari nanti akan hadirlah khanom krok di dapur sendiri.

 Kena berangan-angan dahulu jika inginkan sesuatu.
Sebab dengan berangan-angan itu akan timbul cita-cita, disusuli dengan usaha... ahaks!

In shaa Allah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Khanom krok yang sedap ini mana mungkin dapat dilupakan begitu saja.
Betul tak?


Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant

3 ulasan:

  1. Kalau ada resepi puding kelapa yg mantop...kongsi2 erk

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak amie..
    Alahai sedapnya kuih tu nak taip takut typo pulak hahaa...
    Alhamdulillah saya dan keluarga sihat2 adanya..semoga kak amie sekeluarga sihat selalu.Sekaranf ni jarang sangat update blog...tak ada idea nak mengarang.Walaupun n3 yang tertangguh berlambak2..
    Selamat Menyambut Bulan Puasa kak amie...ucap in advance haha

    BalasPadam