Assalamualaikum.
PKP Fasa 3 semakin ketat! Patuhilah arahan ini sepenuhnya. Kita jaga kita! Kalau bukan kita siapa lagi. Jangan terlalu bangga sehingga mendabik dada mengatakan negara kita sudah berjaya mengatasi masalah perebakan virus ini. Dan jangan terus memandang rendah negara terhadap negara-negara jiran yang sedang bertungkus-lumus membanteras wabak ini. Kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat apa akan berlaku pada keesokan hari dan seterusnya. Kalau kita alpa, lupa diri tidak mustahil Covid-19 dapat disingkirkan 100% dari bumi Malaysia!
Oleh itu, teruslah patuh arahan kerajaan. Mereka lakukan bukan untuk seronok-seronok dan bukan untuk menganiaya rakyat di negara kita. Semuanya ada matlamat, ada objektif, ada tujuan untuk kebaikan bersama.
Bersabarlah dalam menempuh dugaan ini. Bukan kita sahaja, tapi seluruh dunia!
Hari ini Amie kongsikan Resipi Istimewa Nasi Ayam Peenyet & The Gang. Lama sangat tak masak sendiri nasi ayam penyet. Anak-anak memang suka makan, tapi biasanya Encik Suami bawa mereka makan di luar saja.
Terakhir Amie masak nasi ayam penyet ialah pada 2017! Memang lama sungguhlah tak masak menu ini selepas itu. Kalau tak silaplah. Mungkin pernah masak tapi tak buat entri. Biasanya Amie masak begini semasa kami mengadakan bacaan Yasin bersama keluarga Encik Suami apabila sampai giliran di rumah kami.
Resepi tersebut tersiar dalam Majalah Saji di sini: Resepi Amie's Little Kitchen Di Majalah SAJI Edisi Ogos 2017
Inilah dia rupa menu nasi ayam penyet dalam majalah tersebut: Ayam Penyet Sambal Ulek.
Perkongsian Amie kali ini sudah tentulah berkaitan menu istimewa Nasi Ayam Penyet & The Gang yang pernah Amie paparkan lama dahulu di sini : Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap!
Kalau nak tahu dari mana Amie dapat resipi tersebut, bolehlah klik blog link tadi. Secara ringkasnya, cara penyediaan nasi ayam penyet ini memang agak berbeza dengan resipi ayam penyet yang biasa kita temui. Terlebih dahulu ayam direbus dengan air kelapa. Begitu juga dengan tauhu dan tempe. Syukurlah dapat juga air kelapa di musim PKP ini. Itu pun dengan muka tak berapa nak malu, sambil beli kelapa parut terlajak sampai minta 5 biji... ahaks! Kelapa parut 5 biji itu sudah Amie jadikan serunding kelapa. Jom kita lihat satu persatu resipinya di bawah ini.
Ayam Penyet
Bahan:
3 keping daging ayam bahagian peha
1.5 liter air kelapa
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar ketumbar biji
1 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia
Cara:
1. Masukkan separuh bahan kisar di atas ke dalam periuk.
2. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak.
3. Toskan daging ayam - jangan buang air rebusan ayam sebab nak gunakan untuk merebus tauhu dan tempe pula.
4. Lumurkan dengan lebihan bahan kisar, serbuk kunyit, garam / perasa pilihan.
5. Perap selama 1 jam dan kemudian digoreng atau dipanggang.
6. Sebelum menghidang, ketuk atau penyetkan ayam tadi - boleh gunakan parang belitung atau anak lesung.
Amie goreng saja ayam tu.
Amie sediakan 8 keping tauhu basah.
Dan dua batang tempe. Di LD tempe bentuk selinder, jadi bila dipotong nampaklah bentuk bulat.
Masukkan tempe dan tauhu ke dalam kuali / periuk berisi air rebusan ayam tadi.
Kalau ada lebihan bahan kisar, bolehlah tuangkan semua ke dalam periuk / kuali rebusan. Gunakan api sederhana. Tempe dan tauhu ini hendaklah direbus sehingga air rebusan hampir kering. Makin lama direbus, makin sedap rasanya! Tambahkan satu sudu besar gula merah atau gula melaka dalam rebusan tempe dan tauhu ini. Amie rebus tempe dan tauhu ini lebih kurang satu jam.
Setelah air rebusan mula mengering, padamkan api dapur. Toskan tauhu dan tempe seketika. Kemudian panaskan minyak untuk menggoreng tauhu dan tempe tadi. Goreng sekejap sahaja sebab tempe dan tauhu memang dah masak dan kalau goreng agak lama nanti tempe dan tauhu akan menjadi hitam disebabkan adanya gula dan bahan rempahan lain. Tempe yang sudah digoreng sudah cukup rasa dan bila kita makan terasa lembut bila digigit apalagi dikunyah.
Inilah rupa tauhu yang sudah siap digoreng setelah direbus dengan air kelapa.
Makan begitu saja pun sudah cukup sedap! Apalagi kalau cecah dengan sambal ulek... maunya 3-4 keping tauhu dan tempe kita nak ratah!
Bahan:
11 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, tambahkan saja jumlah cili padi
1 biji cili merah
2 cm belacan
7 biji bawang merah - hiris kasar
10 biji tomato kampung - (1-2 biji tomato biasa)
minyak
garam / gula / perasa pilihan
Cara:
1. Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam / gula / perasa pilihan. Mulakan dengan goreng cili dan bawang, dan terakhir barulah goreng tomato sebab tomato akan mengeluarkan air apabila digoreng.
2. Untuk hasil yang lebih memuaskan gunakan lesung 'ulek', tapi kalau tak ada memadailah gunakan lesung batu macam Amie gunakan.
3. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
Kadang-kadang rasa pedas yang melampau boleh membantutkan selera untuk menikmati nasi ayam penyet. Jadi Amie minimumkan penggunaan cili padi. Yang suka rasa pedas kaw kawa tu, bolehlah tambah seberapa banyak yang diperlukan.
Inilah sambal ulek untuk nasi ayam penyet.
Sekarang kita keluarkan semua bahan yang sudah disediakan untuk hidangan nasi ayam penyet. Di Sabah, hidangan nasi ayam penyet biasanya didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong, dan ada ulam-ulaman seperti daun kemangi, terung goreng dan sebagainya. Nasi ayam penyet Amie ini hanya ada ayam goreng, sambal ulek, tempe dan tauhu goreng serta hirisan timun. Cukuplah. Alhamdulillah.
Resipi Istimewa Nasi Ayam Penyet & The Gang dah siap!
sedap tu nasi ayam penyet..tempe tu bulat2
BalasPadamsedapnya kak Amie, sy tak pernah masak lagi ayam penyet, yang paling saya suka pastilah sambalnya tu..
BalasPadamMama Tisya,
BalasPadamalhamdulillah... dapat penuhi selera keluarga.
Cik Matahariku,
ye, sambal tu mempengaruhi rasa keseluruhan hidangan.
Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
BalasPadamjom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik