Pages

Isnin, 6 April 2020

Sepetang di Chatuchak Market

Sambungan entri jalan-jalan Bangkok-Hua Hin.
Kali ini paparan perjalanan ke Chatuchak Market.
Gambar apa di bawah ni?
Jom ikuti cerita selanjutnya.


Setelah kekenyangan makan tengahari dan makan murtabak pisang, kami teruskan perjalanan ke Jalan Kamphaeng Phet 2, Chatuchak, Bangkok. Sesekali tembak jugalah gambar di kanan jalan sebab kita duduk di sebelah kanan van. Selain sawah padi, rumah-rumah, bangunan dan kilang, seringkali pula terpandang timbunan garam! Katanya, ada perusahaan membuat garam di Bangkok! Wah! Begitu banyak timbunan garam di sana sini, sama ada yang belum dibungkus atau sudah dimasukkan dalam karung. Itu cerita garam, tak dapat nak buktika sebab tak ambil gambarnya. Yang sempat tangkap gambar hanyalah KFC di atas tu. Starback di bawah ni.


 Kemudian kami pun sampai ke Masjid Nurul Yakin untuk menunaikan solat jamak.





Selesai solat, kami menuju ke destinasi seterusnya. Ikut rancangan asal ialah ke Chatuchak Market.

Kami bermula dari JJ MALL untuk meronda-ronda kawasan sekitar. Chatuchak Market juga dikenali sebagai JJ. Khabarnya ada 15,000 gerai dan 11,505 vendor di sini.

 Jom kita habiskan petang ini di Chatuchak Market.


 Seronok rasanya bila terpandang peniaga seagama ada di sini. Nak beli pun tidak ragu-ragu. Tapi jumlahnya tidaklah banyak berbanding yang non-halal.





 Pemandangan di sepanjang jalan dari JJ MALL menuju ke Chatuchak Market.




 Ini kami jadikan mercu tanda sekiranya sesat jalan... akas!














 Singgah sini, boleh beli octopus.


Susah sangat nak sebut 'chatuchak' sampai ada yang tersasul sebut 'chatenuk'! Haaa... sampai sini Chatuchak dieja JATUJAK pula!

 Kita sebenarnya terpikat juga dengan skrit ni... tapi nak pastikan kalau beli tak adalah 'gajah'nya.








Jalan sana, jalan sini asyik terserempak dengan mat saleh. Banyak juga mat dan minah saleh di sini. Entah apa yang mereka cari... hiks! Maklumlah Chatuchak Market ini dikatakan pasar terbesar di Bangkok!




 Cantikkan warna dan corak pakaian di sini.



 Nak beli beg tangan, tapi sayangnya tak satu pun yang berkenan di hati.







 Nak beli t-shirt, pun tak berkenan juga...ahaks!



 Kalau nak beli lesung kayu nak buat som tam ada di sini.


Tidak ada benda yang dibeli di Chatuchak Market. Sekadar melihat-lihat sahaja, dan elok jugalah sebab boleh keluarkan peluh kurangkan kalori makan murtabak pisang.... ahaks!

Terpandang anggur hitam moondrop! Terus meleleh air liur hihihiii. Bila tanya harga 1 kg bersamaan dengan 400BAHT, terus tak jadi beli. Dekat RM55 juga sekilogram. Kalau teringin sangat boleh jew beli sikit,  sekadar untuk rasa.

Akhirnya beli strawberi dengan harga 80BAHT, siap dengan pencecah garam gula cili sekali dibagi. Makan strawberi ni dua hari tak habis. Dah balik LD, teringat separuh buah strawberi tertinggal dalam peti sejuk di hotel....kah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan