Belum sampai rezeki nak jejak bumi Switzerland walaupun tahun lepas sudah 'hampir' akan ke sana. Perancangan tak menjadi walaupun sudah dua kali berusaha, sudah buat bayaran penuh juga dua kali. Orang kata kalau rezeki tak akan salah alamat. Jadi, redha sajalah mungkin ada hikmah di sebalik itu semua. In shaa Allah, suatu hari nanti akan sampai juga ke sana.
Adussss!!!
Pagi tadi sempat membaca berita terkini Covid-19 di Switzerland. Sejumlah 21,769 positif dan 767 telah menjadi korban!
Adussss!!!
Pagi tadi sempat membaca berita terkini Covid-19 di Switzerland. Sejumlah 21,769 positif dan 767 telah menjadi korban!
Tak perlu layan kecewa yang berpanjangan, sebaliknya layanlah suasana di Swiss Sheep Farm ini. Orang kata feeling ala-ala Swit6zerland gitu... ahaks!
Melihat replika labu pelbagai rupa, hati menebak bagaikan ada pesta Halloween di sini! Ditambah pula dengan suasana bukit yang melatari Swiss Sheep Farma ini kelihatan kering kontang, pokok dan rumput seakan mati kekeringan seolah-olah musim luruh pula di sini!
Sebelum masuk kena beli tiket dahulu di kaunter.
Harga toket : 150 BAHT untuk dewasa.
Kiranya kami masuk ladang kambing di kaki gunung di Switzerland ler....
Jom masuk.
Pak tengkorak ni pula yang sambut kedatangan kami di pintu ladang.
Memang betullah, sekarang ini pesta ala-ala halloween gitu di sini. Bersedialah untuk melihat watak-watak jahat di dalam ladang nanti. Kalau ada watak itu ler.... ahaks!
Belilah sebiji topi di sini untuk lindung wajah!
Haaa... tu dia!!!
Kawasan perkuburan. Ada pelbagai replika drakula, labah-labah, labu dan sebagainya.
Oh! Dah namanya ladang tentulah ada tanam-tanaman lain selain kambing biri-biri. Di pintu masuk tadi sempat masuk kebun sayur. Banyaklah buah labu bergantungan tapi tak dapat kongsi di sini sebab gambar tak terang. Kongsi gambar sayur ini sajalah.
Terpampang perkataan 'Halloween' di tiang dan pagar.
Banyak watak jahat dipamerkan di sini sebagai simbol Halloween. Selain tengkorak, ada zombi, mumia, ahli sihir, burung hantu, manusia labu dan banyak lagi.
Dah sampai ke kandang kambing biri-biri.
Banyak juga biriiri-biri di sini. Semuanya jinak-jinak belaka.
Replika biri-biri warna-warni.
Boleh naik keretapi ini untuk ronda ladang.
Jom kita masuk kampung.
Ada pondok kecil dan gulungan jerami.
Ni yang berendam ni apa? Nampak dari belakang bukannya badak!
Dari depan nampak macam lembu pula.
Eh betulkah lembu?
Kerbau ke?
Tengok tanduk ke belakang tu ... kerbaulah!
Confirm kerbau kan?
Mari berehat di pondok ini sekejap sambil menikmati pemandangan keliling.
Seronoknya anak itik berenang di air tenang!
Oh! Ini rupanya queen of fruits!
Buah manggis.
Kenapa manggis dinobatkan sebagai queen?
Mungkin ada mahkota di atasnya!
Jom masuk ke ruangan 3D.
Keluarlah semula...
Arnab!
kalau Firdaus ikut mesti dia nak masuk dalam kandang arnab!
Dah tengok kuda, nak ke mana lagi tu...
Oh! Ada kereta bawa labu.
Macam kisah Cinderella pula.
Ada kuda.
Ada labu.
Ada arnab!
Tak habis-habis labu. Kita tutup tirai cerita labu ye.
Kita cerita lain pulak.
Tak larat dah nak jalan-jalan lagi. Sudah lebih 1 jam berada di sini. Peluh meleleh-leleh tak usah cakaplah...ahaks!
Dah nampak jalan keluar dari Swiss Sheep Farm.
Nak keluar pintu, ada pulak dua keping gambar kita terpampang dalam frame. Gambar kawan-kawan yang lain lagilah banyak! Buat tak nampak sajalah. Harganya pun murah murah. Nak tawar pun tak boleh. Jadi, tinggalkan saja.
Boleh beli souvenir di sini tapi mahal jugalah harganya.
Kita tawar harga pun tak boleh.
Wokey.
Bye!
Entri berkaitan travelogue Bangkok-Hua Hin:
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Kuala Lumpur - Bangkok - Solat di Kamalul Islam Mosque
Voodoo Cafe
Jalan-Jalan Cari Makan di Evening Market Muslim Area : Bangkok
Dinner Steamboat : Halal Food Bangkok
Chocolate Ville di Waktu Malam
Baan Thai Boutique Hotel Bangkok
Sarapan Pagi di Baan Thai Boutique
Mae Klong Railway Market
Damnueon Saduak Floating Market
Makan Tengahari Tom Yam Por Thek Thale di Muslim Food Halal
Sedapnya Murtabak Pisang Thailand!
Sepetang di Chatuchak Market
Makan Malam Tom Yam Santan di Regent Ramkamhaeng
Feeling Ala-Ala Switzerland di Swiss Sheep Farm
Tempat Makan Sedap di Kedai Makan Muslim A Bang Mana di Cha-Am Hua Hin.
Singgah di Cha Am Beach
Santorini Park
Premium Outlet Cha-Am
Jamu Selera dengan Miang Pla Pao (Ikan Bakar Garam)
Thai Coconut Pudding : Khanom-Krok (ขนมครก)
Sook Siam
Makan Tom Yam Nam Khon ต้มยำน้ำข้น di Chaolay Restaurant
Tiada ulasan:
Catat Ulasan