Ada beberapa pilihan makanan yang disediakan di dewan makan hotel. Terpulanglah mengikut citarasa masing-masing. Ada yang mengikut rutin harian, memilih roti bersama mentega dan minum susu atau minuman panas lain. Jika ada hidangan yang tidak pernah Amie lihat dan rasa, sudah tentulah Amie ingin mencuba. Pada masa ini, Amie ketepikan segala roti dan jem, conflakes, bijirin lain, salad yang biasa dilihat dan sebagainya. Inilah masanya untuk Amie rebut peluang mengenali menu di negara yang dilawati seperti sup seaweed, bubur dan nasi goreng Korea, pelbagai jenis jeruk sayuran, kekacang, buah zaitun dan sebaginya.
Ada beberapa jenis menu tempatan seperti kimchi dan sebagainya disediakan, namun Amie memilih sedikit seaweed untuk dinikmati bersama makann lain. Ambil sedikit sahaja, sekaar untuk rasa.
Pagi pertama, Amie bersarapan dengan nasi goreng, sausage ayam bercampur sayuran dan juga cendawan. Tambah sedikit seaweed... ada rasa masam, manis dan masin.
Pagi kedua.
Masih mengambil nasi goreng. Rasanya sedap!
Kentang ball, telur hancur, dan chicken pop.
Juga sedikit seaweed sebagai pelengkap rasa.
Kejutkan perut dengan pisang dan hirisan peach.
Dan sebiji croissant.
Masih lagi mengambil nasi goreng, bersama tomato rosemary grill, kentang ball dan juga sausage ayam campur sayur. Nun tersembunyi warna hijau, tidak dilupakan seaweed.
Amie cuba sedikit pie siram marple syrup.
Pagi keempat, hari terakhir.
Kentang goreng, chicken pop, sausage ayam bersayur dan juga seaweed.
Oppps!
Tidak dilupakan, sesenduk nasi goreng, dan beberapa helaian chikory!
Makanan yang disediakan, comel-comel belaka!
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
saya pertama kali belajar makan seaweed masa pi korea. Lepas tu teus jadi suka. Lagi kalau dapat yang jenis kering sekeping tu makan cam makan keropok je. Sedap
BalasPadamNotie,
BalasPadamsaya dan biasa makan seaweed.