Pages

Selasa, 28 Ogos 2018

Makan Malam di Yoogane Myeongdong

Nampaknya makan malam kami agak istimnewa pada hari ini kerana hidangan akan dimasak di atas meja di hadapan kami. Alhamdulillah, kami dapat merasa nasi goreng dan mee goreng (macam mee maggi) Korea.

Mula-mula bila melihat beberapa piring berisi nasi, mee dan sebagainya di atas meja memang teruja ingin tahu gaya makan malam yang bagaimanakah ini? Nampak sungguhlah Amie ini memang tak kaji langsung tentang budaya makan Korea...ahaks!



Di tengah-tengah meja, terletak sebuah kuali dengan beberapa keping hirisan mentega di bahagian tengahnya. Di keliling kuali pula selain nasi putih yang ditutup dengan seaweed dan kimchi, terhidang pula jeruk timun dan sengkuang serta hirisan kubis.

 Sumber : Whatsaap Group




Jeruk timun , dan jeruk sengkuang.

 Hirisan kubis.

 Mee kuning ala-ala mee maggi dengan pes.

Pekerja restoran menghidupkan api dapur, dan mentega pun mula mencair.
Daun leek dipotong kecil terletak di sebelah sana, dan udang serta sotong terletak di sebelah sini.

 Kimchi!

 Nasi putih bersama seaweed dan kimchi.

 Hirisan daun leek bersama sotong dan udang pun mula digaul dengan mentega.

 Pekerja restoran memang nampak cekap melaksanakan tugas mereka. Dalam satu masa, mereka akan menggoreng nasi dan mee di beberapa buah meja. Maksudnya setelah menumis bahan perencah, semntera menunggu udang dan sotong masak, mereka akan bergerak ke meja lain membuat perkara yang sama atau ketika itu bahan tumisan sudah masak, mereka akan memasukkan nasi dan menggaulnya dengan pantas.



Oleh kerana bahan yang disediakan sudah 'cukup rasa', jadi tidak perlulah mereka menambah apa-apa perasa dalam masakan. 

 Nampak macam senang saja kerja goreng nasi begini...ahaks!



Dah siap!

Mari kita makan.
Bismillah.
Nasi goreng dan mee goreng yang masih panas ini mempunyai aneka rasa. Ada rasa manis, rasa masin seadanya dan ada masam-masam sedikit. Barangkali campuran kimchi tadi. Apa pun rasanya memang sedap dan menyelerakan. Apalagi di kala perut sedang lapar setelah seharian berjalan!

 Nasi goreng dan mee goreng di meja kami selamat masuk perut kami berempat!



 Jom kita lihat, bahagian luar Yoogane Restaurant ini.

Roogane terletak di Myeongdong 2-gil.

Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:

1 ulasan:

  1. Sedapnya makan nasi goreng panas-panas. Yummy. Agak-agak dia pakai paste apa ya buat rencah nasi goreng tu

    BalasPadam