Tengahari Selasa, 21 Ogos 2018 bersamaan pada Hari Raya Aidil Adha itu kami menuju ke Gwangjang Market, yang merupakan pasar tertua di Seoul. Dulu pasar ini dikenali dengan nama Dongdaemun Market kerana berada di daerah Dongdaemun. Namanya bertukar menjadi Gwangjang Market disebabkan pada tahun pada tahun 1960, pasar ini berada di antara jambatan gwang ( yang bermaksud lebar) dan jambatan jang (yang bermaksud panjang).
Seperti masuk dalam cerita 1001 macam!
Macam-macam ada!
Bukan setakat makanan, pakaian, ubat-ubatan, kosmetik, kain ela, ba bla blaaa...... termasuk bahan kering dan bahan basah, keperluan dapur dan segala macam benda!
Mata pun naik juling dibuatnya!
Tak tahu mana satu nak dipandang!
Nampak tak yang bulat tepi warna hijau, gorengan celup tepung? Itu ialah timun goreng! Kami makan di sebuah restoran pada hari terakhir berada di Seoul!
Kebanyakan makanan di sini berupa makanan bergoreng yang diperbuat daripada sayur dan tepung!
Oh! Pelbagai jenis kimchi ada di sini!
Dan pelbagai jenis sayur yang dijeruk
Dua orang wanita Korea yang berniaga sayur-sayuran sedang menikmati makan tengahari. Apabila Amie mendekati, mereka menegur dengan ramah. Entah apa yang ditanya, Amie pun tak faham. Bila Amie tertawa, mereka pun tertawa sama. Akhirnya salah seorang menyebut perkataan : Filipina? Indonesia? Malaysia?
Ohh! Rupanya mereka yanya datang dari mana.
Amie pun jawablah: Malaysia.
Kemudian Amie minta izin ambil gambar mereka dengan menggunakan bahasa isyarat....hihihiii!
Wokey!
Selamat menjamu selera Puan Korea.
Sukanya mereka bila Amie sebut : Kamsahamnida!
Amie tertarik dengan sikap peniaga di Gwangjang Market yang sangat menjaga kebersihan.
Ikan yang dijual ditutup agar tidak tercemar.
Gambar-gambar ini Amie ambil dengan izin tuan empunya ikan dan makanan laut yang lain. Gambar wajah Puan Korea ini pun Amie ambil dengan izin dengan menggunakan bahasa isyarat...hiks!
Sotong ini masih hidup. Berenang-renang dalam air!
Rasanya belum puas melihat suasana di sekeliling, terdengar suara Christine memanggil sesiapa yang hendak membeli kain cotton dan sutera. Kami pun bergegas meninggalkan kumpulan yang sedang memilih seaweed.
Mata yang mula juling pun semakin membuntang bila terpandang longgokan kain ela di sana-sini. Pelancong marhaen macam Amie memang hanya mampu pegang-pegang kain sutera sajalah...bila dengar harganya, perlahan-lahan kita lepaskan pegangan... hihihiiii! Kebanyakan daripada kami menumpukan perhatian ke bahagian kain cotton. Dengan harga serendah 10,000 won atau matawang kita lebih kurang RM40 bolehlah beli kain cotton untuk sepasang baju kurung. Dalam rambang-rambang mata memilih, tak tersedar rembat 6 pasang kain!
Kami berpatah balik ke tempat jualan keropok seaweed. Nampaknya mereka belum berganjak dari situ. Nak tangkap gambar keropok seaweed pun tak ada ruang yang sesuai untuk mencelah masuk!
Sumber : Whatsaap Group
Masa yang diperuntukkan pun sudah sampai ke penghujungnya.
Apa boleh buat.
Kalau berlama-lama di sini nanti tak boleh bergerak ke tempat lain pula!
Kami pun mula bergerak meninggalkan Gwangjang Market menuju ke tempat menunggu bas.
Tinggallah dahulu Gwangjang Market yang telah menyajikan kami dengan 1001 benda baru!
Kami ingin berkenalan pula dengan Namdaemun Market!
Entri berkaitan dengan percutian ke Seoul & Pulau Nami:
Perkongsian yang amat menarik...boleh jdikan panduan bila melancong ke Korea...
BalasPadamGwangjang market ni macam tempat jual beli barang. Segala macam barang tok nenek semua ada jual. Kita orang pi sini mencari kain. Semasa masuk nak cari kedai kain termasuk tempat makan dia orang yang tak halal....huhuhu semua tahan nafas dengan bau yang tak boleh cakap lah...tapi sebab kain sutera korea kita orang redah juga. hehehehe. Nak snap gambar memang tak dan sebab kejar masa. Pi sini pun sebab keluar dari tajuk iltinari kita orang sebab agent kesian bila kita orang minta tolong carikan kedai kain.
BalasPadam