Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen. Hari ini tidak ada resepi, hanya menu tengahari sahaja yang Amie paparkan kerana semuanya merupakan menu ulangan walaupun hasil masakan pada hari ini. Encik Suami membawa pulang ikan kembung yang masih segar dari pasar. Tentulah rasanya jauh lebih sedap dan manis dari ikan yang terperam dalam peti sejuk. Amie sediakan Asam Pedas Ikan Kembung, Sayur Pucuk Paku Tumis dan sekali lagi Amie buat otak-otak tetapi hari ini Amie gunakan ikan kembung jadi namanya pun berubah kepada Otak-Otak Ikan Kembung.
Untuk resepi Asam Pedas Ikan (tidak kiralah ikan apa) bolehlah klik Ikan Parang Asam Pedas DI SINI Bolu@Milkfish Asam Pedas Di SINI, Ikan Pari Asam PedasDI SINI, dan DI SINI, juga DI SINI dan banyak lagi.
Sayur Pucuk Paku Tumis tentu semua orang pandai masak. Masukkan sajalah apa benda pun sebagai bahan campuran, tidak kiralah ikan bilis ke, udang kering ke, udang basah ke, daging ke, ikut cita rasa masing-masinglah.
Otak-Otak Ikan Kembung ini Amie sediakan setelah rasa tidak puas makan Otak-Otak Ikan Tenggiri yang dibuat beberapa hari lepas. Kali ini Amie buat lebih sedikit, dan memanglah puas makan sebab Amie ratah-ratah sahaja. Pada Amie, secara jujurnya Otak-Otak Ikan Kembung lebih sedap berbanding rasa ikan tenggiri. Mungkin disebabkan daging ikan tenggiri yang agak tawar berbanding isi ikan kembung. Apa pun semua otak-otak memang sedap, cuma terpulang kepada kehendak masing-masing untuk membuat pilihan. Disebabkan suka makan otak-otak, Amie pun tidaklah terasa sukar untuk menyediakannya! Boleh klik resepi Otak-Otak Ikan DI SINI.
Selamat berhujung minggu. Jumpa lagi!
as-salam kak Amie
BalasPadammmg npk sungguh menyelerakan hidangan tengahari kak Amie ni..my fav asam pedas tu...
salam amie..kalau ikan fresh memang sedap..bakar aje pun sedap kan.
BalasPadamasslm Kak Amie...QH nk tumpang makan kt sini bleh x...sedap la kesemua lauk2 tu...QH suka...lg2 tgk asam pedas tu...kecur teliur semua ade...tgh lapo ni...hihi
BalasPadamSalam kak amie,
BalasPadamMenu saya pun pucuk paku hari ni. Cuma saya buat kerabu. Kerabu lagi kan....
salam kak amie...sy ni kalo lauk2 kampung camni,,,cepat je bubuh nasi lm pinggan...hehehe..itu pon kalo ada org pelawa..muahahaha
BalasPadamPergh!!!, mengancam betul masak asam pedas Amie tu,tumpang makan nasi sepinggan!.Otak2 ummi tapau,hikhik!!!
BalasPadampucuk paku mmg feberet....lg2 kalu goreng belacan..perhhh,mmg sedap...
BalasPadamsedap ni kak amie kalau makan kena beringat tarik hand break ,kalau idak huhuhuh terlajak
BalasPadamdalam banyak2 menu tu, paling tertarik tengok otak2...adoi.. terliurnya...nak buat takde kerajinan seperti kak amie pulak.
BalasPadamhari2 nak ke sini kak amie...muahahhahaha...peberet kita asam pedas ni.tak kira ikan ape pun.tau dh dilla asal mana...
BalasPadamSedapnya asam pedas tu!
BalasPadamSalam kak amie! aaarghhhhh! nmpk lagi otak2 ikan akak uuuwaaaaa...sedapnyerrrr! mana nak carik daun utk bungkus dia tu ya? sume konkrit kak kat condo kita ni, ada pokok pun pokok lain :D Asam pedas pun lama sgt tak buat, ada bunga kantan mmg sedap pastu ada bendi aduhhhhhh! mmg yg abis sayur dulu :D
BalasPadam