Pages

Sabtu, 21 April 2012

Ubi Rebus Sambal Tumis Ikan Bilis Daun Pandan

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Buat teman-teman yang berasal dari kampung dan biasa makan hidangan berasaskan ubi, dipersilakan mencicipi minuman petang bersama Amie. Hari ini sesi persekolahan berjalan seperti biasa kerana menggantikan hari cuti ganti untuk perayaan Hari Raya Aidil Adha. Amie perlu turun padang pada malam ini untuk meninjau pelaksanaan Program Pemantapan Aqidah dan Sahsiah Pelajar yang diadakan di sebuah kawasan  nun jauh 40 km dari sekolah kami. Jadi, dapur Amie terpadamlah asapnya buat seketika kerana program ini dijalankan selama 3 hari mulai kelmarin, hari ini sehingga esok. Encik Suami pula mengiringi rombongan perkahwinan bersama anak bongsu dan sudah kekenyangan menjamu selera di rumah pengantin.  Jom minum sekali, ubi rebus dan air minuman pun hampir sejuk di bawah ini. Amie sertakan sekali resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Daun Pandan, walaupun sangat mudah tapi mungkin boleh jadi rujukan buat adik-adik yang baru mula belajar masak.


Resepi : Ubi Rebus Sambal Tumis Ikan Bilis Daun Pandan
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 biji ubi kayu - kupas kulit dan belah 4
1 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar - mayang
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
2 helai daun pandan - siat-siat
minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
15 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan

Cara:
1. Rebus ubi hingga empuk dengan sedikit garam. Toskan hingga kering.
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan daun pandan dan tumis semua bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan air bancuhan pati asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan ikan bilis dan gaul rata. Perlahankan api dan biarkan sambal sehingga pecah minyak.
5. Masukkan garam, gula dan perasa pilihan secukupnya.
6. Keluarkan daun pandan.
7. Tutup api dan boleh dihidangkan.


Sila layan diri ye... tuan dapur dah nak keluar ni. Amie hanya sediakan nescafe panas sahaja. Kalau tak boleh minum nescafe, carilah sendiri minuman lain di dapur Amie. Air panas ada, air sejuk pun ada. Pandai-pandailah bawa diri. Yang tak pandai makan ubi rebus, mungkin ada hidangan lain yang boleh dimakan .... buka sajalah tudung saji di sebelah tu. Yang sedang menjamu selera dengan ubi rebus, ingat-ingat ye... kalau perut kembung Amie tak bertanggungjawab! Ha ha hahhhaaa......

24 ulasan:

  1. Cuaca mendung kat Shah Alam sesuai sgt makan ubi rebud cicah sambal tumis.

    BalasPadam
  2. kat sini pulak ujan ari ni, bila tgk ubi rebus ni mmg sesuai sgt la mkn time2 gni kan...minum pulak kopi o, perggghhh terangkat beb...hihihhihi

    BalasPadam
  3. sedap ni!kalau ujan2 macam ni makan ubi rebus... =)

    BalasPadam
  4. salam amie sayanggg

    sedapnya ubi rebus tu..dah lama akak tak makan...kalau makan mmg confirm kembung perut.kalau agak2 nak ke surau mmg takkan akak sentuh...hehe

    BalasPadam
  5. salam kak.. wah.. meleleh air liur tengok ubi rebus ngan sambal tu... sedap!

    BalasPadam
  6. Kalau petang atau time sarapan ada ubi rebus mcm ni memang laju je habis..kesukaan gue..

    BalasPadam
  7. sedapnyer! lamaaaa sgt x makan ubi kayu rebus. kalau tun cicah kelapa parut je.

    BalasPadam
  8. saya suka ubi kayu yang empuk ..sedappnya.
    Saya suka mkan dgn kelapa parut je

    BalasPadam
  9. sedapnya dh lama QH xmkn...dulu arwah atok QH yg rajin buat mcmni...tgk sambal tumis tu pergghhh tliurnye...

    BalasPadam
  10. Salam kak amie! wishlist kita ni kak, nak makan ubi rebus uuuwaaaaaa.... ntah bila dpt makan kalau tak balik mesia sbb kat sini tak jumpa lagi, ada tu yg dah siap di sira kalau balik emsia pun belum tentu dpt makan sbb kdg tak de org jual, sedapnyerr! hujan2 mkn ubi rebus ddk sebelah tingkap alahaiiiii bestnyer ehehehe..

    BalasPadam
  11. pergh!! kena yg ni memang tak toleh kiri kanan dah!

    BalasPadam
  12. salam kak Amie,
    ni menu tak lapuk dek zaman, tp anak2 zmn sekarang kurang tahu n kurang makan ubu mcm ni kalu kita tak perkenalkannya..ni lah makanan saya masa kecik2 dulu..tepi rumah je pokoknya kalau tringin nak wat apa2 kuih..indahnya zaman2 itu...

    BalasPadam
  13. amie..acik memang tak boleh tengok ubi rebus ni..dapat makan dengan sambal belacan pun sedap

    BalasPadam
  14. saya mmg suka beno dgn ubi rebus cicah sambal nie kak....
    kalau dulu kt kg,arwah abah rajin tanam&cantas btg ubi pendek & cucuk dlm tanah...daun nya masak lemak @ buat urap & selalu dijadikan menu tghhari...

    BalasPadam
  15. Weekend minggu lepas ada ada pakcik juall ubi kayu, memang berkenan le tapi bila memikirkan risikonye terus cancel. huhuhu menyesal plak

    BalasPadam
  16. terkelip2 mata tengok ubi rebus tu....kalaulah dapat makan...syoknya..!!!!

    BalasPadam
  17. salam kak amie
    sy suka mkan ubi rebus nie kt bawah pokok..pastu dapat angin ptg..mcm berkelah jer rasa,..pastu cicah sambal tu byk2..mak aiiai sedappp kak:)

    BalasPadam
  18. Kak amie......kecur liur,alahai ubi rebus...sira dgn gula pun sedap.nak kak....best2!!!

    BalasPadam
  19. Amieeeeeeeee..tingat lak jaman2 jepon dulu..mkn ubi kayu camni(zaman opah2 kier larrr)
    TP
    xder la sambal pencicah yg sodappppp sgt camni :D

    BalasPadam
  20. kalau mak nani, musim hujan dia suka nak beli ubi2 ni. pastu mak rebus, makan dengan kelapa parut + garam + gula...sedapnye!!!

    BalasPadam
  21. Kak Amy sayang terima kasih ubi kayu dan sambal nya, ini memang fav nya melly.. selalu makan ini dengan emak dan kakak sambil cerita cerita..hmm nyaman nya.. ;)

    BalasPadam
  22. as-salam kak AMIE
    ni mkn org kampung..suka jugak ubi rebus..tapi anak2 tak suka..

    BalasPadam
  23. Salam kak Amie cayangg... dah lewat sampai sini.. nak raga tu pun jadilah.. dari tak dapat apa-apa hehehhee muahhhzzz

    BalasPadam
  24. Salam Kak Amie...tergudanya saya tgk ubi rebus ni...dulu2 saya hanya pandai makan ni cicah ngan kelapa parut jeeee tak pun sira...

    BalasPadam