Bismillahirrahmanirrahim.
Anak-anak semua faham kalau Amie sudah masuk bilik selepas makan, bermakna hanya akan turun ke dapur pada pukul lapan atau sembilan malam sahaja. Itu pun sebab hendak minum madu atau minyak zaitun sebelum tidur.
Ada seseorang ketuk pintu dan meletakkan sesuatu di atas katil. Yang masuk tadi tentu tahu kita sedang sibuk menanda kertas. Itulah Firdaus, dengan butir bicaranya yang kurang jelas terus keluar dan rapatkan pintu. Apabila Amie toleh rupanya ada segelas smoothie avocado. Alhamdulillah. Baki avocado yang masih banyak dimanfaatkan untuk dijadikan smoothie yang lazat. Rupanya Fairuz yang buat smoothie. Rasa tak cukup segelas!
Mungkin juga Fairuz buat smoothie sebagai tanda terima kasih sebab kita sudah masakkan Sup Tulang untuknya. Petang tadi Encik Suami bantu masak nasi di dapur. Amie minta lebihkan sedikit sebab ada Fairuz. Seperti biasa Encik Suami masak sendiri ikan dan sayur rebus. Firdaus pula tolong kemas dapur, bersihkan meja dan sapu lantai kalau-kalau ada sampah.
 |
| Sup Tulang |
Sup Tulang ini dihasilkan dari masakan dalam slow cooker. Cantiklah masak empuk daging yang melekat di tulang. Lagilah kalau sup tumis darat. Bertambah semerbak aroma bawang goreng, rempah dan bawang goreng yang dimasukkan dalam periuk! Firdaus hirup banyak kuah sup tulang ketika makan nasi. Amie pesan, kalau malam nanti lapar bolehlah makan roti cicah kuah sup tulang yang masih berbaki dalam slow cooker.
Resipi Sup Tulang boleh lihat di sini:
 |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
 |
| Sayur Tumis Kacang Buncis dengan Udang. |
Kacang buncis ini Amie tumis dengan udang segar sebagai perencah. Tambahkan hirisan lobak merah dan putik jagung. Amie tak bubuh garam atau perasa lain, hanya satu sudu besar stok ayam sahaja. Terima kasih Encik Suami, bantu kupaskan udang.
Amie gorengkan seekor ikan belais bersama daun kari dan cili padi pondan. Di luar bungkusan cili padi memang tertulis Cili Padi Pondan.
 |
| Ikan Belais |
Kicap Lada ini Amie buat sendiri. Tumbuk cili padi dengan bawang putih dalam lesung. Tambahkan garam / gula / perasa, kicap dan perahkan jus limau kasturi. Boleh dibuat pencicah ikan goreng dan juga daging.
 |
| Sup Tulang |
 |
| Nasi Putih |
لَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ الظَّنِّ السُّوءِ، وَارْزُقْنِي حُسْنَ الظَّنِّ بِكَ وَبِعِبَادِكَ
Allahumma tahhir qalbi minaz-zannis-su', warzuqni husnaz-zanni bika wa bi'ibadik.
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sangkaan yang buruk dan kurniakanlah kepadaku sangkaan yang baik terhadap-Mu dan terhadap hamba-hamba-Mu.”
bismillah.. sedap sangat nampak gambar sup tuuuuu.... tengah malam mana nak cari ni.
BalasPadamSaya punya slow cooker tp jaraaang sangat guna. Oke, nanti harus coba buat sup macam ini pakai slowcooker 😍😄. Selama ini tak pernah beli tulang Krn saya tak pandai masaknya. Takut kurang empuk juga. Ternyata bisa pakai slow cooker yaa.
BalasPadamSup tulang yg dah lama dalam slow cooker kemudian panaskan semula makin jadi pekat, makan dengan roti Perancis.. sedapnya
BalasPadamAnak² belajar melalui mommy mereka, yang sentiasa menyediakan masakan yg lazat di dapur . Makanya bila mommy perlu selesaikan tugasan, anak² pula ambil alih dapur. Tahniah Kak Amie didik anak² dgn baik sekali 💐
BalasPadamPertama kali dengar Cili Padi Pondan :)
First time dengar ikan belais. Sup tulang tuh wow sangat
BalasPadamSedapnya sup tulang makan dengan nasi kuah banjir.
BalasPadamKita ingatkan Kak Amie typo, rupanya memang namanya Cili Padi Pondan ek? Sebab tak pedas ke dipanggil pondan???
BalasPadamSy nanti nak belajarlah gunakan fungsi slow cooker utk masak sup tulang.
Bagusnya masing-masing faham tugas mommy. Tak menggangu mommy dan beradab. Hantar minuman sampai ke bilik tu. Sejuk hati mommy dapat anak-anak yang memahami.
BalasPadamSedap-sedap lauk kak Amie masak. Sedap menghirup sup tulang, segar badan. Ikan belais goreng macam pertama kali dengar. Cili pondan? Pun ada ek nama cili tu. Comel rupa ikan belais tu sebelum digoreng, bercorak.
Sedap semua kak menu nya.... ingatkan ada gambar air avokado tu...
BalasPadamsedap sup tulang..cantik ikan belais
BalasPadamcantik ikan belais tu
BalasPadampuas hati fairuz jamu selera masakan mamanya terpaling sedap
BalasPadamCili padi pondan. Cili padi pun ada gender ek. Sup tulang sedap hirup kuah tambah cili kicap.
BalasPadamKalau uncle sup tulang tu cicah dengan roti!
BalasPadamMasya-Allah sweet betul anak-anak Sis Amie, siap hidang avocado smoothie waktu sibuk marking paper. Bertuah! Rajin Encik Suami dan anak-anak tolong dekat dapur.
BalasPadamUik...ada cili padi pondan...curious SA hahaha...SA baru je makan sup tulang PZ buat masa SA x sihat hari tu....
BalasPadamSenanglah makan udang tu sebab siap berkopek.
BalasPadamMontel pulak nengok ikan Belais tu.
Kat sini tak tau ada ke tidak. Kalau ada pun tak tentu beli sebab mak tak pernah masak.
Kita dah berapa hari gak zikir dalam hati, teringin nak makan dan masak sup tulang, tapi malasnya nak ke Pasar membeli tulang.. nampak pulak sini, sedapnya lahaiiii makan dengan sambal kicap
BalasPadamSedapnya tengok sup tulang. Alhamdulillah, anak-anak dan suami yang rajin membantu kak Amie di dapur.
BalasPadamcantik rupa ikan belais tu, corak polka dots :D
BalasPadamsedapnyaaa sup tulang
BalasPadamdpt cicah dgn roti perancis sedap niiiii